Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tottenham Hotspur siap sedia untuk mendatangkan Houssem Aouar selepas Arsenal dilihat mulai mengendurkan minat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Aouar dikatakan sangat berminat untuk datang ke Arsenal sebaik sahaja mendapat tahu beliau menjadi sasaran Mikel Arteta sebelum ini.

Namun Arsenal tidak mahu membayar harga yang tinggi untuk pemain tersebut.

Lyon meminta Arsenal membayar €60 juta (£55.5j) namun Arsenal cuma sanggup membayar £32 juta sahaja untuk pemain itu.

Arsenal kemudian mendapatkan Thomas Partey sekaligus tiada rundingan dibuat untuk mendapatkan Aouar.

Tetapi selepas berdepan dengan krisis kecederaan dan prestasi beberapa pemain di bahagian tengah, Arsenal sekali lagi berminat dengan Aouar.

Namun Arteta berdepan kesukaran untuk membeli pemain itu kerana dana perpindahannya yang terhad dengan keutamaan diberikan kepada pemain tengah ofensif seperti James Maddison.

Rundingan dengan Maddison juga menjadi rumit, lalu Arsenal kembali mendapatkan Martin Odegaard. Kali ini secara tetap.

Lyon masih menunggu tawaran daripada mana mana kelab untuk Houssem Aouar. Dan Arsenal dilihat semakin menjauhkan diri daripada pemain berbakat itu terutama sekali dari segi harga.

Terkini Lyon dikatakan sanggup menerima bayaran sekitar £25 juta untuk Houssem Aouar yang berusia 23 tahun itu yang kontraknya memasuki 2 tahun terakhir.

Aouar menjaringkan 7 gol musim lalu untuk Lyon.

Secara keseluruhan Aouar menjaringkan 32 gol daripada 172 penampilan setakat ini untuk Lyon, ditambah dengan 31 assist.

RMC melaporkan bahawa Spurs kini sedia untuk mendapatkan Aouar untuk digandingkan semula dengan bekas rakan sepasukannya Tanguy Ndombele.

Nuno Espirito difahamkan tidak yakin dengan Moussa Sissoko yang dibenarkan untuk mencari kelab baharu.

Kehadiran pemain seperti Aouar dilihat akan mampu untuk meyakinkan Harry Kane tentang cita cita kelab pada musim ini.

Baca juga artikel

6 Kelab La Liga Pakai Jersi ‘Kosong’ Kerana Larangan Tajaan Syarikat Judi Bermula Musim Ini

Henry: ‘Messi Bukan Penyelesaian Masalah PSG’

Bayern Julang Piala Super DFL Untuk Kesembilan Kali Berturut Turut Tewaskan Borussia Dortmund

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group