Tottenham Hotspur dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan Sergio Reguilon

Spurs membuat bidaan rasmi untuk pemain yang turut menjadi sasaran Man United.

Fabrizio Romano melaporkan Man United ada melakukan beberapa siri perbincangan dengan Real Madrid.

Ini selepas United dan Reguilon sudah mencapai kesepakatan untuk terma peribadi. Dan pemain itu dikatakan sangat suka dengan potensi bermain untuk United.

Namun selepas itu rundingan antara dua kelab agak rumit.

Hal ini apabila United tidak mahu membayar €30 juta serta tidak mahu menerima ada klausa beli balik yang mahu dimasukkan oleh Real Madrid.

Sementara itu Spurs pula membida €30 juta dan menerima klausa beli balik pada pemain itu.

Klausa beli balik itu tidak hanya bergantung kepada Real Madrid. Jika Reguilon tidak mahu meninggalkan kelab barunya, maka klausa itu tak boleh diaktifkan.

Sambil berbincang untuk perpindahan Reguilon, Tottenham Hotspur juga dikatakan berbincang dengan Real Madrid berkenaan situasi Gareth Bale.

Spurs sedia untuk membawa pulang bekas penyerang sayap mereka itu. Ejen kepada Gareth Bale menyatakan bahawa pemain itu sentiasa sayangkan Spurs.

Dan beliau akan cuba membantu kliennya untuk mendapatkan yang terbaik.

Bale sudah lama hilang tempat dalam pasukan kesebelasan utama Real Madrid terutama sekali di bawah kendalian Zidane.

Baca juga perkembangan lain

Aubameyang Kekal 3 Tahun Lagi, Terima Gaji Tertinggi Di Arsenal

Alvaro Gonzalez Terima Ancaman Bunuh Selepas Insiden Dengan Neymar

Le Classique: 5 Kad Merah Warnai Kekalahan PSG, Neymar Mendakwa Ada Serangan Rasis