Spurs dikaikan dengan Harry Maguire sebagai langkah penting dalam meyakinkan Harry Kane untuk menandatangani kontrak baharu.

Manchester United dan Harry Maguire dilaporkan mencapai kesepakatan bahawa pemain itu boleh meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Sebelum ini Man United dilaporkan menawarkan £10 juta kepada Maguire untuk menamatkan kontraknya. Namun pemain itu masih mahu terus kekal.

Laporan terbaru oleh Fabrizio Romano menyebut bahawa pihak kelab dan Maguire sudah mencapai kata putus bahawa pemain itu boleh pergi pada bila bila masa jika dia mahu.

Man United menguatkan lagi minat mereka ke atas pemain bek tengah Korea Selatan, Kim Min Jae.

Di mana pemain itu memiliki klausa pelepasan sekitar £52 juta.

Harry Maguire menjadi bek tengah termahal di dunia pada beberapa tahun lalu ketika Man United membelinya dari Leicester.

United membayar £85 juta untuk membeli Maguire.

Dia kemudian dilantik menjadi kapten kelab oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Di bawah kendalian Erik Ten Hag, Harry Maguire jelas sekali bukan pilihan utama, kedua malah ketiga sekalipun.

Pemain itu sendiri sedar bahawa tempatnya di dalam kesebelasan utama sudah sangat mustahil.

Spurs antara kelab yang dikaitkan dengan Harry Maguire.

Spurs yang baru sahaja melantik Ange Poestcoglou sebagai pengurus baharu mereka.

Nama Maguire mulai disebut mahu dibawa masuk ke Spurs sebagai usaha untuk meyakinkan Harry Kane agar terus kekal di kelab itu. Sebelum ini Harry Kane sendiri pernah mencadangkan kelab untuk membeli Harry Maguire.

Ini kerana dengan penandatanganan Maguire, Spurs mahu menunjukkan kepada Kane betapa kuatnya keinginan mereka mahu membentu pasukan yang boleh memenangi trofi.

Peminat Spurs agak berbelah bagi dengan idea ini. Malah ada merasakan idea ini mungkin lebih kepada akan membuatkan Kane berpindah ke Old Trafford.