Tottenham Hotspur dikatakan bakal mendenda 2 pemain Argentina mereka yang balik untuk tugasan antarabangsa. Manakala seorang lagi pemain mereka, Davinson Sanchez juga balik ke Colombia untuk menyertai pasukan kebangsaan beliau,.

Giovani Lo Celso dan Cristian Romero adalah dua pemain yang dikatakan ingkar arahan kelab dan menerima panggilan antarabangsa mereka.

Hujung minggu lalu, kem Argentina diarahkan balik semula ke hotel oleh petugas kesihatan Brazil, selepas empat pemain EPL dilaporkan melanggar prosedur kuarantin wajib.

4 pemain tersebut ialah Christian Romero, Gioavani Lo Celso, Buendia dan Emi Martinez.

Anvisa bertindak tegas ketika perlawanan baru bermula. Di mana badan kesihatan Brazil itu meminta kesemua pemain Argentina meninggalkan padang.

Keadaan agak tegang ketika itu. Lebih lebih lagi ianya adalah perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Football London melaporkan bahawa Spurs kecewa dengan ketiga tiga pemain mereka yang menerima panggilan kebangsaan kali ini dan bakal mengenakan denda.

Ramai peminat Spurs yang keliru dengan tindakan kelab itu. Kerana ramai pemain mereka yang lain turut balik ke negara mereka untuk tugasan yang dianggap sebagai tugasan yang diberikan FIFA. Ianya aksi kompetitif.

Spurs sebelum ini melarang pemain pemainnya balik ke beberapa negara untuk aksi kelayakan.

Selain daripada Spurs beberapa kelab EPL lain turut melarang pemain pemain mereka menyertai kem kebangsaan di beberapa negara termasuk Brazil.

Spurs kini berdepan dengan masalah kekurangan depth pada skuad mereka selepas rehat antarabangsa. Ini selepas beberapa pemain cedera ditambah dengan 3 pemain yang terpaksa dikuarantin.

Presiden FIFA, Gianni Infantino sudah menegaskan bahawa kelab wajib melepaskan pemain mereka untuk tugasan yang berada di luar zon merah.

Majoriti kelab EPL mengambil langkah sangat ketat dalam melepaskan pemain mereka. Ini termasuk memikirkan soal perjalanan pemain tersebut yang mungkin akan melalui negara dalam senarai merah oleh kerajaan UK.

Seterusnya kelab juga terpaksa menerima hakikat bahawa pemain yang melalui zon merah ini akan perlu wajib kuarantin ketika balik ke UK kelak.

Emi Martinez menyatakan bahawa beliau dan rakan rakannya teruja untuk kembali ke kem Argentina selepas baru sahaja meraikan kejayaan Copa America beberapa bulan lalu.

Menurut Martinez ianya membuatkan semua orang bersemangat mahu berkumpul bersama sama sekali lagi.

Baca juga artikel

Aksi Brazil-Argentina Dihentikan, Pegawai Kesihatan Brazil ‘Tangkap’ 4 Pemain EPL Menipu Elak Kuarantin

Ronaldo: Messi Bukan Jaminan PSG Juara UCL

Emi Martinez Dedah Sebenarnya Dia Tak Nak Sertai Arsenal, Namun Terpaksa Demi Keluarga