Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di pejabatnya, di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam.

Ini kunjungan kali kedua Datuk Haji Hamidin ke atas Datuk Seri Azam dalam usaha merapatkan lagi jalinan kerjasama antara MFL dan SPRM khususnya mengenai pengurusan liga tempatan selain turut menyentuh tentang pemahaman integriti.

Kunjungan hormat kali pertama ialah pada 24 September 2018 di mana Datuk Seri Azam ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Dalam kunjungan hormat itu, MFL telah memberikan penerangan mengenai beberapa perkara membabitkan pengelolaan Liga Malaysia musim 2020 di mana saingan domestik akan disambung semula pada 26 Ogos ini selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu susulan penularan pandemik COVID-19.

Penerangan mengenai pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) musim ini dalam usaha untuk mengawal perbelanjaan pasukan bagi mengatasi masalah bebanan kewangan pasukan Liga Malaysia turut disampaikan dalam pertemuan itu.

Kerjasama MFL dan SPRM juga akan dipertingkatkan di mana agensi penguatkuasa itu akan terus memantau perjalanan CIMB Liga Super dan Liga Premier apabila Liga Malaysia disambung semula 26 Ogos ini.

Datuk Seri Azam memahami senario bola sepak tempatan dan sedia memberi kerjasama yang diperlukan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ada Pihak Mula ‘Panas Bontot’ Selepas Isu ‘Double Contracts’ Pemain Jadi Bualan Hangat

Percayalah ‘Double Contracts’ Antara Faktor Sistem Gaji Siling Tidak Akan Berjaya Dilaksanakan

‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia