Philippines Football League (PFL) hari ini telah bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat penyedia data dan statistik terkenal dunia, Sportradar, untuk memperkenalkan platform ‘Over-The-Top atau (OTT) untuk liga bola sepak Filipina musim 2018.

Melalui perkhidmatan OTT selama 3 tahun ini, PFL dan Sportradar akan bekerjasama dalam 3 perkara utama iaitu ‘live-streaming’ semua perlawanan bola sepak, perkhidmatan integriti, dan menyediakan data perlawanan bola sepak.

Menurut Pengarah Hak Media APAC Sportradar, Dylan Chuan semua perlawanan liga bola sepak Filipina 2018 akan disiarkan secara percuma kepada penonton melalui aplikasi yang akan dilancarkan nanti.

Screenshot_2018-02-22-10-50-41-08

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan perlawanan melalui pelayar web (www.pfltv.ph) menggunakan telefon, tablet dan juga komputer pada bila-bila masa dan dimana juga lokasi.

Dalam sidang media itu juga, Biplav Gautam yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan Sportradar Asia menyatakan, mereka akan bekerjasama dengan pihak PFL, AFF dan juga AFC untuk memberikan perkhidmatan integriti terutamanya melibatkan isu ‘match-fixing’. Menurut beliau lagi, pengalaman yang dimiliki oleh Sportradar mampu untuk membantu PFL menangani isu rasuah yang mungkin berlaku dalam PFL.

18451769_1272022122847637_2697486393861755764_o

Sportradar juga akan menyediakan pelbagai bengkel dan workshop kepada pemain serta pegawai pasukan berkenaan isu integriti bagi mendidik pemain dari terjerumus kedalam isu rasuah bola sepak.

Selain itu, Sportradar dan PFL akan terus bekerja keras untuk membangunkan liga bola sepak profesional Filipina yang baru sahaja bermula tahun lalu dengan pelbagai cara untuk menarik minat para penaja serta meningkatkan lagi sambutan penonton untuk menyaksikan PFL untuk tahun akan datang.

Turut hadir dalam sidang media pengumuman hari ini adalah President Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Encik Mariano Araneta dan CEO PFL, Encik Lazarus Jansen Xavier.