Pengurus England, Gareth Southgate telah bersumpah bahawa pasukannya Three Lions akan bermain dengan taktikal menyerang dan terbuka ketika menentang Perancis.

England akan berhadapan juara bertahan, Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia yang mengejutkan pada hari Sabtu.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate adalah pasukan dengan jaringan terbanyak bersama dalam kejohanan Piala Dunia 2022 setakat ini dengan 12 gol dalam empat perlawanan mereka di Qatar.

Tetapi akan berdepan dengan kehebatan penjaring terbanyak kejohanan di Kylian Mbappe.

Ancaman penyerang Paris Saint-Germain itu telah membuatkan beberapa pundit beranggapan bahawa Gareth Southgate akan menukar formasi taktikal dengan tambahan pemain pertahanan tambahan untuk menangani empat penyerang Perancis iaitu Mbappe, Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele.

Mereka menjangkakan England tidak akan bermain dengan sistem terbuka dan menyerang ketika menentang pasukan Perancis.

Tetapi Southgate mahu Perancis yang lebih bimbang tentang cara untuk menghentikan serangan England yang sarat dengan bakat. Southgate bertekad bahawa England akan mempamerkan aksi menyerang ketika berdepan Perancis.

“Tidak ada gunanya menyertai perlawanan seperti ini dan hanya melindungi muka dan berlegar sekitar tali,” kata Southgate membuat perumpamaan dengan sukan tinju.

“Kami percaya kami boleh memberikan mereka masalah dengan bola dan kami berhasrat untuk melakukannya,” kata Southgate kepada ITV.

The Three Lions sebelum ini mara ke final kejohanan besar pertama dalam tempoh 55 tahun di Euro 2020 sebelum tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali di laman sendiri di Wembley.

Southgate berharap bahawa pengalaman itu akan membantu pasukann untuk menamatkan penantian kemarau kejuaran Piala Dunia sejak 1966.

“Kami telah menewaskan beberapa pasukan besar. Kami tahu kami mempunyai pengalaman untuk beraksi dalam malam perlawanan dengan tekanan tinggi di bahu kami, sebagai sebuah pasukan kami telah berdaya tahan serta telah melalui banyak situasi.”

“Dan semua pemain kami dipersiapkan untuk malam seperti ini.”

“Kami telah mara ke final pertama selama 55 tahun. Kami telah memenangi separuh akhir dan pernah mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia sebelum ini. “

“Tetapi, sudah tentu, ia adalah perlawanan besar menentang lawan berkualiti tinggi. Segala yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah, semuanya adalah berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada malam Sabtu.”

“Kami perlu menyedarinya — empat tahun lalu jika kami bermain Perancis kami boleh bercakap tentang permainan yang hebat  — tetapi kami benar-benar tidak mempunyai bukti persembahan dalam perlawanan besar, pengalaman dalam malam besar yang benar-benar boleh memberi kami kepercayaan bahawa kami boleh menang,” kata Southgate.

“Sekarang kami mempunyai banyak perlawanan besar telah dilalui, dan kami mempunyai banyak sifat tersebut. Kami tahu, sudah tentu pada peringkat ini ianya akan menjadi perlawanan yang sangat seimbang, tetapi kami tahu kami mempunyai kualiti untuk memenangi perlawanan seperti ini,” tutup beliau.