Pemain pertahanan Manchester United dan England, Harry Maguire, disabitkan dengan kesalahan serangan ke atas pegawai polis oleh mahkamah Greece.

Kejadian itu berlaku ketika Maguire dan rakan rakannya bercuti di Mykonos.

Sekurang-kurangnya tiga pertuduhan dijatuhkan terhadap Harry Maguire dan didapati bersalah, iaitu penyerangan yang serius, enggan memberi kerjasaman ketika ditahan, dan percubaan untuk merasuah.

Hakim perbicaraan menjatuhkan hukuman penjara 21 bulan dan 10 hari kepada Maguire.

Namun, hukuman penjara ditangguhkan, kerana ini merupakan kesalahan pertama dan semua pertuduhan diklasifikasikan sebagai kesalahan kecil.

Jurulatih pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate, akhirnya merombak semula skuadnya untuk perlawanan Liga Negara Eropah menentang Iceland dan Denmark bulan depan.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas nama Maguire disenaraikan.

Southgate memutuskan untuk tidak memasukkan Harry Maguire.

“Saya mengikuti perkembangannya malam ini, saya dapat mengesahkan bahawa saya telah menyingkirkan Harry Maguire dari skuad England untuk perlawanan menentang Iceland dan Denmark,” kata Southgate dalam kenyataan rasminya.

“Seperti yang saya katakan sebelumnya, saya berhak untuk meninjau keadaan. Setelah bercakap dengan Manchester United dan pemain sendiri, saya membuat keputusan terbaik untuk semua pihak mempertimbangkan persiapan kami untuk minggu depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Southgate sedia memberikan debut kepada 3 pemain iaitu, iaitu Mason Greenwood, Phil Foden dan Kalvin Phillips.

Greenwood dan Foden dipanggil ke skuad England setelah tampil mengagumkan bersama Manchester United dan Manchester City sepanjang musim 2019/20.

Sementara Phillips memainkan peranan besar dalam memimpin promosi Leeds United ke Liga Perdana Inggeris.

Baca juga perkembangan lain

Messi Pertimbang Gabung Semula Dengan Guardiola

Messi Mahu Aktifkan Klausa Perpindahan Percuma Untuk Tinggalkan Barcelona

Statistik Ini Membuktikan Lewandowski Selayaknya Mendapat Ballon d’Or