Southampton berjaya mara ke separuh akhir Piala Carabao 2022/23 selepas mencipta kemenangan luar biasa ke atas Man City yang membuatkan skuad Pep Guardiola itu tersingkir di St Mary.

Pengurus Southampton, Nathan Jones merekodkan kemenangan terbesar dalam tempoh singkatnya di kelab tersebut.

Southampton pada musim ini tidak berada pada musim yang baik setakat ini. Berada di tangga tercorot dalam EPL, namun kemenangan ini pastinya mampu menaikkan semula motivasi dan semangat di bilik persalinan pasukan mereka.

Jones sendiri, telah bergelut untuk mendapatkan keyakinan daripada peminat Saints sejak ketibaannya dari Luton Town. Tetapi hari ini sudah tentunya sudah semakin ramai peminat mulai mempercayainya.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola merehatkan pemain penting seperti Erling Haaland dan Kevin de Bruyne menjelang aksi derbi hujung minggu ini dengan Manchester United di Old Trafford.

Manchester City menghadapi jadual padat, di mana beberapa hari lalu mereka menentang Chelsea dalam aksi Piala FA Inggeris.

Southampton bermain dengan sangat bertenaga. Perlawanan kali ini diselesaikan pada separuh masa pertama dengan penyudah tajam Sekou Mara selepas 23 minit.

Kemudian detik kehebatan individu daripada Moussa Djenepo lima minit kemudian apabila dia memerangkap penjaga City Stefan Ortega teruk terkeluar dari kawasannya dengan penyudah jarak jauh yang tinggi.

Guardiola membawa masuk De Bruyne dan Haaland selepas rehat untuk cuba menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir dan mengejar 2 gol lawan dan mengelak Man City tersingkir di St Mary.

Tetapi ia tidak berjaya kali ini, kerana Southampton mempertahankan pendahulu mereka dengan keazaman yang kuat untuk mara ke separuh akhir, di mana mereka akan menentang Newcastle.

Piala Carabao pastinya bukan keutamaan Guardiola pada ketika ini, namun ianya tetap kekalahan yang mengejutkan dicipta oleh Southampton ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.

Guardiola mengakui bahawa Southampton adalah pasukan lebih baik pada kali ini dan berhak untuk memenangi perlawanan dan mara.

Dengan penyingkiran di St Mary ini, bermakna, Pep Guardiola menelan kekalahan pertama di peringkat suku akhir dalam sejarah pengurusannya.

Dalam satu lagi perlawanan, Nottingham Forest turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan Wolves hasil kemenangan pada penentuan sepakan penalti.