Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gareth Southgate menyatakan bahawa sejarah bola sepak England tidaklah sebagus yang mereka mahu dengar. Itulah hakikatnya. Namun beliau gembira para pemain England menulis sendiri sejarah karier mereka.

England akan mengadapi satu lagi separuh akhir – yang kedua di bawah kendalian Southgate dalam 3 tahun.

“Kita tidak ada sejarah bola sepak yang bagus seperti mana yang kita mahu percaya kadangkala.”

“Pemain pemain ini merintis laluan yang besar untuk memecahkan tembok halangan itu sepanjang masa. Kami telah memecahkannya dalam kejohanan ini. Dan kami ada satu lagi kesempatan esok.”

England

Seterusnya Gareth Southgate menegaskan bahawa beliau sudah cukup tua untuk ingat detik Denmark menjadi juara Euro 1992. Di mana pasukan tersebut mengejutkan dunia.

Mereka menggunakan tiket wild card untuk menggantikan Yugoslavia yang disingkirkan seminggu sebelum kejohanan.

Denmark ketika itu dianggap cuma pelengkap jadual. Namun ternyata mereka mencipta kejutan dan menjuarainya.

Southgate mengakui beliau seorang pengurus yang meminati bakat bakat dari negara tersebut.

Southgate berkata: “Kami menghormati pasukan Denmark. Kerana saya cukup tua untuk mengingati mereka memenangi Euro. Dan saya sentiasa meminati pemain pemain yang mereka lahirkan. Bola sepak Denmark luar biasa.”

“Kami menggalas harapan sepanjang kejohanan dan saya fikir kami telah menangani hal itu dengan sangat baik, dalam permainan pembukaan [menentang Croatia] misalnya, dan dalam perlawanan dengan Jerman.”

“Tetapi kami tidak pernah ke final jadi tekanan adalah apa yang anda pilih untuk jadi apa sebenarnya yang anda mahukan. Saya rasa ini adalah sesuatu yang akan memotivasikan kami, ini adalah satu cabaran bagi kami.”

“Sekiranya kita adalah negara yang telah memenangi lima gelaran dan harus menyamai apa yang telah dicapai sebelumnya, saya mungkin akan merasakan tekanan yang lain – tetapi kita tidak memilikinya.”

“Denmark telah memenanginya, jadi mungkin ada lebih banyak tekanan pada Denmark untuk mengulanginya – tetapi bukan cara kita melihat permainan ini, kita tahu ini mengenai persembahan pada hari itu nanti.”

Seterusnya Southgate sedar, satu lagi kekuatan Denmark adalah, pasukan mereka sedang dipacu oleh semangat dan emosi selepas apa yang menimpa Christian Eriksen. Dan England sedia untuk mempersembahkan jersi gergasi Eriksen buat Denmark tanda sokongan. Jersi itu ditandatangani pemain pemain England.

“Mewakili kami semua di sini, ya kami menyaksikan apa yang sudah berlaku dan saya rasa semua orang tersentak dan sedih dengan apa yang dilihat.”

“Jadi, ianya sangat hebat mendengar Eriksen sedang pulih dengan baik dan hakikatnya dia pernah bermain England. Seorang insan dan pemain yang hebat di EPL.”

Baca juga artikel

Kasper Schmeichel: “Pernahkah Bola Sepak Itu ‘Coming Home’? Kamu Pernah Menang [Euro] Ke?

Wenger: “Beza Itali Dengan Sepanyol, Setiap ‘Shot’ Itu Adalah Ancaman Gol”

Ruggeri Mahu Patahkan Kaki Neymar Kerana Tak Beretika Dan Suka Mengaibkan Lawannya

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group