Minggu lalu, badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia musim 2020 yang ditangguhkan sejak Mac lalu kerana wabak COVID-19 akan bersambung semula pada bulan September ini selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ia akan diteruskan dengan Standard Operating Procedure (SOP) baharu yang bakal diperkenalkan pada bulan Jun depan.

Perkembangan itu didedahkan melalui kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam laporan daripada Arena Metro sambil menjelaskan ia bergantung pada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Walau apa pun MFL tetap merujuk kepada KKM dan MKN untuk memulakan saingan liga bagi membendung atau mengelak daripada penularan Covid-19.

“Setakat ini, hanya perancangan saja untuk menyambung saingan liga pada September nanti namun itu bukan keputusan muktamad.

“Jun nanti kita juga akan bentang mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilakukan setiap individu yang terbabit dalam saingan Liga M,” katanya.

Sejarah
CEO MFL, Datuk Ghani Hassan

Semua pasukan akan memulakan sesi latihan pada Ogos 2020 mengikut SOP kendalian latihan dan perlawanan Liga Malaysia yang akan dikeluarkan oleh FAM dan MFL berdasarkan arahan MKN, KKM dan KBS serta garis panduan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Mengikut perancangan baharu MFL, setiap perlawanan akan diadakan tanpa kehadiran penonton seperti yang ditetapkan oleh MKN dan KKM disebabkan penularan wabak COVID-19.

Selain itu, tiada tempoh perpindahan pemain dibuka pada pertengahan Liga Malaysia 2020 jika saingan bermula pada September. Saingan Liga Malaysia 2020 akan dibatalkan jika MKN, KKM dan KBS tidak membenarkan perlawanan bersambung semula sehingga September 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 yang dilaporkan sebelum ini melalui pautan dibawah. 

JDT, Pahang Dan Kedah Ke Asia Tahun Depan Jika Saingan Liga Malaysia 2020 Dibatalkan

TERKINI: MFL Rancang Untuk Meneruskan Saingan Liga Malaysia Pada Bulan September

MKN ‘Reject’ Permohonan FAM/MFL Untuk Sambung Liga Pada Bulan Julai 2020, Pelan C Jadi Kenyataan?