Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menonton semua perlawanan Liga Malaysia melalui pelan VIP+Sports pada harga RM34.90 sebulan, dengan akses kepada semua sukan termasuk Liga Malaysia dan kesemua rancangan hiburan sooka.

Ia juga boleh ditonton melalui peranti mudah alih, pelan VIP TV (kini pada harga RM62.90 sebulan).

sooka merupakan aplikasi penstriman yang menyiarkan kesemua aksi dalam siaran sukan secara langsung sedunia, dan kandungan asli terpilih berdasarkan kisah-kisah yang digemari golongan milenial.

Emarina Kamal, Ketua Program sooka berkata:

“Kami amat teruja untuk membawakan Liga Malaysia 2023 di aplikasi sooka, untuk memastikan para peminat bola sepak tempatan dapat menikmati penstriman aksi bola sepak secara langsung yang berterusan, terus daripada skrin peranti mudah alih dan Smart TV anda.

“Kami ingin memastikan para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan atau gol penting sepanjang musim Liga Malaysia 2023, dan memberikan para peminat kebebasan untuk memilih pengalaman menonton bola sepak melalui skrin pilihan mereka, dan membuat bayaran mengikut kemahuan mereka melalui pelan-pelan BEBAS KONTRAK dan bebas komitmen yang kami tawarkan. Matlamat kami adalah untuk terus menyampaikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebebasan kepada para penonton, tanpa kerisauan atau batasan.”

Untuk menonton sooka dan merasai keseronokan menyaksikan aksi sukan secara langsung serta kandungan hiburan tempatan terbaik melalui peranti mudah alih anda ataupun skrin besar, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan stor aplikasi Samsung, LG, Sharp, dan Sony (untuk VIP TV). Kesemua pelan langganan sooka hadir tanpa kontrak dan bebas komitmen.

Jangan lupa juga untuk menonton muzik video Liga Malaysia sooka yang menampilkan tiga selebriti tempatan yang juga peminat bola sepak tanahair iaitu Nadhir Nasar, Amir Ahnaf dan Chubb-e di Youtube rasmi sooka.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.