Penyerang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-min hari ini secara rasmi menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu, menurut laporan rasmi dari laman sosial rasmi Twitter kelab.

Pemain yang berusia 26 tahun itu akan kekal bersama Tottenham Hotspur untuk 5 musim lagi sehingga tamat aksi 2023.

Sepanjang beraksi untuk Spurs selepas berpindah dari Bayern Leverkusen pada 2015, Son telah membuat 140 penampilan menjaringkan 47 gol dalam semua kejohanan, termasuk 43 kali turun beraksi dari 45 perlawanan musim lalu.

Beliau kini bersama skuad Tottenham Hotspur yang sedang menjalani sesi pra-musim di Amerika Syarikat dan akan turun beraksi pada perlawanan pertama musim 2018/2019 bertemu Newcastle United.

son heung-min

Selepas itu, Son akan menyertai skuad bola sepak Sukan Asia Korea Selatan yang akan berlangsung di Indonesia bulan hadapan dalam misi untuk memenangi pingat emas bagi membolehkan beliau diberikan pengecualian khas latihan ketenteraan di negaranya selama 2 tahun.

Sumber