Pemain sayap Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-min mengejutkan bola sepak dunia apabila beliau berada dalam senarai pendek 30 pemain bagi anugerah Ballon d’Or 2019.

Senarai 30 pemain tersebut telah dikeluarkan oleh salah sebuah majaah sukan dari Perancis, France Football dimana selain Son, rakan sepasukan beliau iaitu Hugo Lloris turut tersenarai setelah kedua-dua pemain ini membantu Tottenham mara ke perlawanan akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Selain Tottenham, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris lain turut mempunyai wakil dalam senarai 30 pemain yang dikeluarkan dimana Liverpool menjadi kelab yang memiliki wakil paling ramai iaitu tujuh pemain. Tujuh pemain tersebut ialah Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil van Dijk, Alisson, Georginio Wijnaldum, Roberto Firmino dan Trent Alexander-Arnold.

Juara bertahan, Manchester City pula memiliki lima wakil iaitu Sergio Aguero, Bernardo Silva, Riyad Mahrez, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne manakala Arsenal memiliki seorang wakil iaitu Pierre-Emerick Aubameyang.

Berikut adalah senarai penuh bagi anugerah Trofi Kopa, sebuah anugerah yang diberikan kepada pemain di bawah umur 21 tahun yang tampil dengan cemerlang sepanjang musim lalu.

  • Joao Felix (Atletico Madrid)
  • Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
  • Moise Kean (Everton)
  • Samuel Chukwueze (Villarreal)
  • Kang-In Lee (Valencia)
  • Matthijs de Ligt (Juventus)
  • Vinicius Junior (Real Madrid)
  • Kai Havertz (Bayer Leverkusen)
  • Matteo Guendouzi (Arsenal)
  • Andrei Lounine (Real Valladolid)

Baca artikel lain mengenai Son Heung-min di sini: 

Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang

Son Heung-min: Pemain Korea Utara Sangat Agresif