• Dapat keputusan cemerlang dalam latihan menembak
  • Antara 5 pelatih terbaik di Korea Selatan

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min akhirnya menamatkan latihan asas ketenteraan selama 3 minggu di Pulau Jeju. Menurut laporan daripada Korea Herald, beliau dipilih sebagai pelatih terbaik daripada 157 orang pelatih yang lain pada majlis graduasi pada hari ini.

Son menyertai kem latihan ketenteraan pada 20 April lalu sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan setelah dikecualikan daripada menyertai khidmat negara (Military service) selama 21 bulan apabila skuad Korea Selatan berjaya meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Pemain yang berusia 27 tahun itu diajar mengendalikan senjata serta menembak, asas peperangan dan latihan kecergasan. Malah, beliau turut akan didedahkan dengan latihan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN).

Paling menarik, Son mendapat pujian daripada pegawai tentera apabila meraih keputusan cemerlang dalam latihan menembak secara tepat (10/10).

“Dia menerima anugerah ‘Pilsung’ yang merupakan salah satu anugerah untuk pelatih terbaik dan cemerlang,” kata Pegawai Unit Tentera Marin.

“Semua kursus dinilai dengan adil dan ketat, dan pegawai latihan ketenteraan mengesahkan Son telah memberika komitmen penuh sepanjan berada dalam kem,” katanya.

EXeXcWQWoAE_pGn
Son heung min

Disebabkan oleh penularan wabak pandemik COVID-19, majlis penutupan latihan ketenteraan itu diadakan tanpa kehadiran orang awam dan media. Gambar Son hanya boleh didapati di laman facebook rasmi Tentera Marin Korea Selatan.

Selepas menamatkan latihan ketenteraan, Son perlu menjalani khidmat komuniti bersama masyarakat selama 544 jam pada 34 bulan yang akan datang sambil menjadi atlet profesional yang aktif.

Hal ini kerana atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia tidak akan diberikan pelepasan penuh. Berbeza dengan kejuaraan Sukan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara.

Son dijangka akan pulang semula ke London menyertai Tottenham Hotspur apabila saingan Liga Perdana Inggeris kembali bersambung.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Guangzhou Evergrande Mulakan Pembinaan Stadium Sendiri Berbentuk Bunga Teratai

Indonesia Lancar Jersi Baharu Daripada Jenama Tempatan

Pemain Naturalisasi UAE, Sebastian Tagliabue Kini Menganggur Dan Sedang Cari Kelab Baharu