Bintang Korea Selatan dan Tottenham Hotspur, Son Heung-min dikehendaki melapor diri di kem latihan tentera di Pulau Jeju pada 20 April ini sebagai untuk memenuhi latihan kerahan tentera, menurut laporan daripada The Guardian.

Sebelum ini, Son dikecualikan daripada menyertai khidmat negara (Military service) selama 21 bulan apabila skuad Korea Selatan berjaya meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Menurut undang-undang Korea Selatan, setiap pemuda yang berbadan sihat perlu melaporkan diri untuk khidmat negara itu sebelum hari jadinya yang ke 28. Pada usia 26 tahun, Son berjaya menyelamatkan kerjayanya sebagai  pemain bola sepak professional apbila mendapatkan pengecualian khidmat negara itu

Tetapi untuk acara Sukan Asia, mereka tidak akan diberikan pelepasan penuh. Berbeza dengan kejuaraan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara.

Oleh itu, beliau perlu pulang ke Korea Selatan sepanjang tempoh penangguhan Liga Perdana Inggeris akibat wabak COVID-19 untuk memenuhi kewajipan itu selama tiga minggu menjalani latihan asas dan 500 jam berkhidmat untuk masyarakat.

Bulan lalu, beliau dikuarantin selama 14 hari di London sebaik sahaja pulang dari Korea Selatan dimana jumlah kes COVID-19 semakin meningkat di negara itu. Son pulang ke Seoul minggu lalu untuk menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang dialaminya.

Kerajaan Korea Selatan juga sudah memaklumkan kepada Tottenham Hotspur mengenai perkara itu. Tahun ini merupakan tahu terakhir untuk batch yang lahir pada tahun 1982 untuk melaporkan diri ke dalam latihan ketenteraan.

Mengikut perancangan awal, Son Heung Min mahu menyertai latihan 4 minggu itu selepas tamat Liga Perdana Inggeris musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Son Heung-min yang dilaporkan sebelum ini.

Son Heung-min Derma Lebih RM300,000 Perangi Wabak Coronavirus

Son Heung-min Pemain Asia Yang Pertama Jaringkan 50 Gol Dalam Liga Perdana Inggeris

Son Heung-min Tersenarai Dalam Kalangan 30 Pemain Untuk Anugerah Ballon d’Or 2019