Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min mencipta rekod baru dalam kerier bola sepaknya apabila muncul sebagai pemain Asia yang pertama menjaringkan 50 gol ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Aston Villa, 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Jaringan yang ke-50 Son Heung-min tercipta apabila beliau memanfaatkan bola tepisan penjaga gol Aston Villa, Pepe Reina selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 45.

Son Heung-min turut menjaringkan gol kedua pada minit akhir perlawanan sekaligus menjadikan rekod jaringannya berubah kepada 51 gol.

Sebelum itu, Villa di depan pada minit ke-9 selepas pertahanan Spurs, Toby Alderweireld menjaringkan gol ke gawang sendiri berpunca daripada sepakan penjuru Anwar El Ghazi.

Namun pemain Belgium itu menebus kesalahannya apabila kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik minit ke-27.

Heung Min meletakkan Spurs di depan pada masa kecederaan babak pertama sebelum Bjorn Engels menyamakan kedudukan minit ke-53. Ketika perlawanan dilihat berkesudahan dengan keputusan seri, Heung Min meledak gol kemenangan menewaskan penjaga gol Villa, Pepe Reina.

Pada musim 2019/2020, Son Heung-min setakat ini telah menjaringkan 9 gol. Sejak menyertai Tottenham Horspur pada tahun 2015, beliau telah menjaringkan 83 gol daripada 220 penampilan dalam semua pertandingan termasuk UEFA Champions League.

Beliau merupakan penjaring kedua terbanyak Tottenham Hotspur dibelakang penyerang England, Harry Kane.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Pengasas Shopee Ambil Alih Home United Dan Nama Kelab Ditukar Kepada Lion City Sailors FC

Gaji Lee Nguyen Yang Mencecah RM178,000 Sebulan Buatkan Kelab Liga Vietnam ‘Turn-Off’

Tonton Animasi ‘Motion Emblem’ Semua Pasukan J.League Yang Menarik Ini Menjelang Saingan Musim 2020