Bintang Korea Selatan dan Tottenham Hotspur, Son Heung-min kini semakin serasi dengan latihan ketenteraan di Pulau Jeju sejak melapor diri pada 20 April lepas.

Sepanjang tempoh penangguhan EPL, beliau hadir di sana sebagai memenuhi latihan kerahan tentera yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan selama 3 minggu.

Menerusi gambar terbaharu yang tular di media sosial, Son menyertai kawad bersenjata dengan seragam tentera, termasuk memakai helmet anti peluru dengan nombor 136. Namun, nombor di seragamnya pula berbeza iaitu 139.

Pemain yang berusia 27 tahun diajar mengendalikan senjata, asas peperangan dan latihan kecergasan. Malah, beliau turut akan didedahkan dengan latihan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN).

Namun, cabaran paling sukar yang bakal dihadapi oleh Son Heung-min ialah berdepan tembakan gas pemedih mata serta berlari sepanjang 30 kilometer.

Sebelum ini, Son dikecualikan daripada menyertai khidmat negara (Military service) selama 21 bulan apabila skuad Korea Selatan berjaya meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Menurut undang-undang Korea Selatan, setiap pemuda yang berbadan sihat perlu melaporkan diri untuk khidmat negara itu sebelum hari jadinya yang ke 28. Pada usia 26 tahun, Son berjaya menyelamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak professional apbila mendapatkan pengecualian khidmat negara itu

Tetapi untuk acara Sukan Asia, mereka tidak akan diberikan pelepasan penuh. Berbeza dengan kejuaraan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara.

Oleh itu, beliau dijangka akan pulang semula ke London menyertai Tottenham Hotspur apabila saingan Liga Perdana Inggeris kembali bersambung.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Guangzhou Evergrande Mulakan Pembinaan Stadium Sendiri Berbentuk Bunga Teratai

Indonesia Lancar Jersi Baharu Daripada Jenama Tempatan

Pemain Naturalisasi UAE, Sebastian Tagliabue Kini Menganggur Dan Sedang Cari Kelab Baharu