Pemain sayap Korea Selatan, Son Heung-min diundi sebagai pemain Asia terbaik yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam satu undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), seramai 11 pemain dipilih, sama ada yang pernah beraksi atau yang sedang beraksi dalam saingan EPL untuk disenaraikan dalam undian tersebut.

Antara yang tersenarai ialah bekas pemaim sayap Manchester United, Park Ji-sung, pemenang EPL pada musim 2015/2016 bersama Leicester City, Shinji Okazaki dan bekas penyerang Everton, Tim Cahill.

Son Heung-min

Tim Cahill. Sumber Gambar: Royal Blue Mersey

Di antara sebelas pemain, tiga pemain iaitu Ali Al-Habsi, Son Heung-min dan Park Ji-sung mendapat undian melebihi 20 peratus.

Son muncul sebagai pemenang selepas beliau menerima undian sebanyak 33 peratus, meletakkan Park di tangga kedua dengan 32 peratus manakala Al-Habsi menduduki tangga ketiga dengan 26 peratus undian.

Son Heung-min

Son telah menjaringkan 51 gol dalam 151 penampilan sejak menyertai Tottenham Hotspur pada 2015 lalu.

Selain itu, beliau juga pernah diangkat sebagai AFC International Player of the Year sebanyak 3 kali dan tersenarai dalam pencalonan bagi anugerah Ballon d’Or nominee pada 2019 lalu.

Baca artikel lain mengenai Son Heung-min di sini:

Son Heung-min Tamat Latihan Tentera Dan Dipilih Sebagai Pelatih Terbaik

Son Heung-min Mula Berlatih Memegang Senjata Dan Memakai Nombor Tentera 136

Son Heung-min Bakal Diuji Berdepan Gas Pemedih Mata, Latihan Menembak Dan Larian 30 Kilometer

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group