Bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-min dilaporkan telah menderma 100 juta won (RM 354,914) untuk memerangi wabak Coronavirus (COVID -19) yang melanda negaranya sejak bulan lepas.

Pemain yang berusia 27 tahun itu menderma kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Good Neighbors International yang ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 1991.

“Walaupun virus itu jauh daripada saya, ketika kita sedang menghadapi kesan buruknya, saya ingin memastikan Covid-19 tidak lagi menyebar, saya harap sumbangan ini dapat membantu sedikit,” katanya dalam laman instagram.

Beliau ketika ini dikuarantin selama 14 hari di London sebaik sahaja pulang dari Korea Selatan dimana jumlah kes COVID-19 semakin meningkat di negara itu. Son pulang ke Seoul minggu lalu untuk menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang dialaminya.

Spurs akan mengikut cadangan daripada kerajaan British untuk memantau tahap kesihatan pemain itu sebelum dia kembali berlatih bersama pasukannya.

Korea Selatan ketika ini mencatat peningkatan lebih 594 kes COVID-19, ia adalah peningkatan keempat terbesar selepas Iran, Itali, dan China yang menjadikan jumlah jangkitan mencecah 2,931 dengan penambahan tiga kematian.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KCDC) dalam satu kenyataan berkata, lebih 90 peratus kes baharu itu dilaporkan di Daegu yang menjadi pusat penularan wabak berkenaan di negara ini, serta wilayah jiran Gyeongsang Utara.

Menurut kenyataan itu lagi, tiga wanita di Daegu, termasuk seorang berumur 90-an, meninggal dunia akibat virus terbabit dan menjadikan angka korban di Korea Selatan berjumlah 16 mangsa.

Angka terbabit dijangka meningkat dengan saringan lebih 260,000 orang berkait Shincheonji Church of Jesus yang mencatat kira-kira separuh daripada jumlah kes di Korea Selatan.

Naib Menteri Kesihatan, Kim Gang-lip, berkata 80 peratus daripada mereka yang disahkan positif virus itu, boleh dirawat dengan ubat-ubatan kerana mengalami ‘simptom ringan’, manakala bakinya memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

Kelab Liga Super China ‘Sangkut’ Di Sepanyol, Dua Bulan Tidak Pulang Kerana Coronavirus

Pemain Futsal Wanita Iran Meninggal Dunia Akibat Wabak Coronavirus

Beberapa Negara Tolak Jemputan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Kerana Coronavirus