Bintang Korea Selatan dan Tottenham Hotspur, Son Heung-min sudah pun melapor diri di kem latihan ketenteraan di Pulau Jeju semalam sebagai untuk memenuhi latihan kerahan tentera yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sebelum ini, Son dikecualikan daripada menyertai khidmat negara (Military service) selama 21 bulan apabila skuad Korea Selatan berjaya meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Menurut undang-undang Korea Selatan, setiap pemuda yang berbadan sihat perlu melaporkan diri untuk khidmat negara itu sebelum hari jadinya yang ke 28. Pada usia 26 tahun, Son berjaya menyelamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak professional apbila mendapatkan pengecualian khidmat negara itu

EWHVNjpU4AIzUtu
Son Heung Min

Tetapi untuk acara Sukan Asia, mereka tidak akan diberikan pelepasan penuh. Berbeza dengan kejuaraan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara.

Oleh itu, beliau pulang ke Korea Selatan dan memanfaatkan tempoh penangguhan Liga Perdana Inggeris akibat wabak COVID-19 dengan memenuhi kewajipan itu selama tiga minggu.

Pemain yang berusia 27 tahun akan diajar menggunakan senjata, asas peperangan dan latihan kecergasan. Malah, beliau turut akan didedahkan dengan latihan kimia, biologi, radiologi dan nuklear (CBRN).

Namun, cabaran paling sukar yang bakal dihadapi oleh Son Heung-min ialah berdepan tembakan gas pemedih mata serta berlari sepanjang 30 kilometer.

“Apabila anda menjadi anggota tentera, anda seharusnya mampu menembak menggunakan senjata, bernafas di dalam gas dan terbabit dengan pertempuran termasuk berlari dan merangkak di sekitar kawasan peperangan.

“Semasa perarakan, mereka akan membawa peralatan seberat 40 kilogram tetapi mungkin lebih ringan untuk pelatih alternatif bergantung pada program.” kata pegawai tentera marin dalam The National. 

Sementara itu, ejen Son Heung-min menasihatkan peminat untuk tidak menghadiri tempat tersebut kerana ada masalah penyebaran wabak COVID-19.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Guangzhou Evergrande Mulakan Pembinaan Stadium Sendiri Berbentuk Bunga Teratai

Media Vietnam Berikan 4 Sebab Mengapa Sukar Untuk Nguyen Quang Hai Beraksi Di Luar Negara

Indonesia Lancar Jersi Baharu Daripada Jenama Tempatan