Keisuke Honda selain terlibat dalam menguruskan pasukan kebangsaan Kemboja, beliau juga turut menyumbangkan kepakaran yang ada kepada komuniti terutamanya kanak-kanak melalui sekolah bola sepak yang menggunakan nama Soltilo Familia Soccer School.

Diuruskan oleh syarikat Soltilo Ltd., mereka kini mempunyai sekolah dipelbagai negara antaranya Jepun, Kemboja, Thailand dan China.

Bermula dengan sebuah sekolah pada Mei 2015, kini Soltilo Familia Soccer School telah memiliki 75 buah pusat di 4 buah negara diatas. Di Jepun sahaja, Soltilo telah membuka sebanyak 67 buah sekolah bola sepak bagi memberikan pendedahan yang betul kepada generasi muda mengenai bola sepak.

soltilo honda keisuke

Mereka telah disenaraikan sebagai salah satu calon Anugerah Football Heroes bersama-sama dengan 2 lagi pusat seperti dibawah;

1.Soltilo Familia Soccer School (Jepun):

  • Akademi Soltilo Honda Keisuke, sebuah sekolah bola sepak yang beberapa projek di Jepun, Thailand, Kemboja, Uganda dan China.

2.The Football Project (England)

  • Satu inisiatif menyatupadukan penulis bola sepak dari pelbagai kawasan dalam satu pasukan, menghasilkan lebih dari 16 jurnalis dengan sasaran untuk membuat liputan menarik berkaitan bola sepak.

3.From School To The stadium programme (Itali)

  • Sebuah projek yang bertujuan untuk mengajar kanak-kanak menyokong pasukan mereka sendiri dan tidak bersorak kepada pasukan lawan.

Dari semua pencalonan diatas, Soltilo Familia Soccer School telah berjaya mengalahkan 2 pencabar mereka dalam kategori sumbangan kepada pendidikan bola sepak.

soltilo

Soltilo Familia Soccer School pernah mengadakan sesi pengenalan kepada kanak-kana di Malaysia kira-kira setahun yang lalu di Kuala Lumpur namun sambutan yang diterima adalah dari rakyat Jepun yang menetap disini.

Pihak pengurusan Soltilo sebenarnya mahu memberikan fokus kepada rakyat Malaysia berkenaan program yang mereka ada dan mereka akan datang lagi berkemungkinan dalam masa terdekat jika tiada sebarang halangan.

Artikel padu lain berkenaan Honda Keisuke dan Jepun dalam sukan boleh sepak untuk dihadam.

Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja

Keisuke Honda, Pemain Yang ‘Ditendang’ Gamba Osaka Cipta Rekod Untuk Jepun

Pasukan Kemboja Guna Khidmat Jurulatih Pelari Pecut Jepun Tingkatkan Prestasi Pemain Dalam Kelayakan Piala Dunia