Manchester United keciciran mata sekali lagi dalam usaha mereka mengejar Manchester City. Kali ini United terikat 0-0 dengan Crystal Palace. Ole Gunnar Solskjaer mengakui Dean Henderson adalah penyelamat pasukan mereka daripada kekalahan.

Keputusan buruk ini membuatkan Man United kini 14 mat di belakang Manchester City. Dan mereka melebarkan rekod seri tanpa jaringan kepada 3 perlawanan berturut turut dalam semua pertandingan.

Walaupun terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggan lawan, United juga mencatatkan 6 keputusan seri tanpa jaringan musim ini. Ianya adalah berkongsi rekod terbanyak dalam sejarah kelab mereka.

Solskajer juga yakin bahawa keputusan seri ini akan menjadi motivasi kepada mereka untuk mengejutkan Manchester City dalam aksi derbi Manchester selepas ini.

“Sikap, pendekatan, setiap pemain di sini telah memberikan segalanya. Itulah yang hebat tentang pemain-pemain ini, mereka selalu memberikan yang terbaik, jadi kami tidak perlu bimbang tentang momentum yang buruk,” jelas Ole.

“Kami akan bermain dengan baik, dan jelas ada rencah tambahan ketika bermain di derbi.”

“Sedikit kekecewaan dan kesedihan atau penyesalan malam ini, ia sekali lagi akan menjadi motivasi dan inspirasi untuk perlawanan berikutnya,” sambung beliau, seperti yang dilaporkan menerusi laman rasmi Man United.

“Kerana menentang Man City, anda tahu perlawanan itu sangat bermakna bagi kami dan sangat bermakna bagi para peminat. Kami akan memberikan segalanya.”

“Kami melangkah ke setiap perlawanan dengan memikirkan kami perlu untuk menang dan kami mahu menang. Kami harus fokus kepada diri sendiri. Kita sedar kita sedang bertarung untuk 4 teratas. Jadi setiap perlawanan adalah penting.”

Adakah Man United akan mampu untuk menghentikan rentak kemenangan Manchester City?

Dan jika tewas dalam perlawanan tersebut, United akan berada 17 mata di belakang City.

Baca juga perkembangan lain

Pengurus Slavia Praha Marah Sepak Pintu Sampai Berlubang, Terus Pasukannya ‘Comeback’ Separuh Masa Kedua

Ini Sebab Scholes Anggap Bruno Fernandes Tak Layak Menang Pemain Terbaik PFA Musim Ini

EA Sports Jana Lebih RM6.05 Billion Hanya Dengan FUT