Bukan pagi yang indah buat penyokong Manchester United. Ini selepas mereka kini lebih dekat dengan zon penyingkiran berbanding dengan 10 teratas.

Selepas enam perlawanan, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya mengutip 7 mata. Oleh Gunnar Solskjaer menikmati hari perlawanan ke-100 sebagai pengurus Man United.

Manchester United terpaksa menerima hakikat bahwa Arsenal pasukan lebih baik dan berhak menang.

Gol tunggal Arsenal dijaringkan oleh kapten mereka Pierre-Emerick Aubameyang yang turut menamatkan kemarau golnya.

Menurut Opta, kini Man United mencatatkan permulaan terburuk dalam EPL sejak era David Moyes.

Pada musim 2013/14, pasukan United di bawah Moyes juga  tujuh mata dari enam perlawanan pertama, sama seperti pasukan Ole Gunnar Solskjaer musim ini.

Musim yang menyaksikan David Moyes dipecat kerana muncul beberapa keputusan buruk selepas itu. Pada musim tersebut Manchester United menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Lebih teruk, Manchester United hanya mendapat 1 mata daripada 4 perlawanan terakhirnya di Old Trafford musim ini.

Ini adalah kali pertama United mencatatkan rekod buruk itu sejak musim 1972/73. Musim tersebut juga Man United hanya memperoleh 1 kemenangan daripada 4 perlawanan pertama mereka.

Selepas tamat perlawanan Ole mempertahankan pemilihan formasinya. Namun beliau menyalahkan cara pemainnya melaksanakan arahannya di atas padang.

Menurut beliau para pemain tidak cukup intensif di atas padang membuatkan permainan mereka bercelaru.

Dalam pada itu Arteta pasti tersenyum riang dapat mengakhiri badi tak menang di Old Trafford sejak 2006. Di mana kemenangan terakhir itu menyaksikan Adebayor menjadi penjaring gol tunggal.

Ole Gunnar Solskjaer terlibat dalam aksi tersebut sebagai pemain simpanan.

Bukan itu sahaja, Arsenal akhirnya berjaya mencuri 3 mata penuh daripada markas pasukan big six sejak 2015. Dan kemenangan terakhir itu juga dicatatkan di bandar Manchester dari Etihad.

Sekaligus mengakhiri rekod tak menang di tempat lawan big six selepas 29 perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

Roy Keane: “Vieira Tak Akan Jadi Pemain Utama Pasukan United Dahulu”

Pires Mahu Mbappe Tinggalkan Liga Perancis Jika Mahu Terus Maju

Analisis: Tactical Error Leipzig Babak Kedua Membuatkan Mereka Dibantai Rashford