Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa pasukannya kalah kerana gol ofsaid daripada pasukan lawan.

Menurut Solskjaer, gol tersebut seharusnya dibatalkan kerana pemain Villa, Ollie Watkins berada di hadapan De Gea, mengganggu penjaga gol tersebut dalam kedudukan dia ofsaid.

Villa meraih 3 mata penuh daripada aksi berdepan dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Drama lewat perlawanan menyaksikan Kortney Hause menjaringkan gol lewat perlawanan, kemudian Hause juga memberikan penalti kepada lawan.

Malang buat United apabila Bruno Fernandes gagal menyempurnakan penalti beliau.

Bercakap kepada BBC selepas tamat perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer tidak dapat menyembunyikan kekecewannya.

“Kamu boleh terima mereka membolosi kamu, namun gol itu tadi adalah ofsaid. Dia menyentuh David De Gea.”

“Bagaimana gol itu dan gol Lecicester pula dibatalkan, itu adalah tidak adil. Saya tidak nampak konsitensi dalam pengadilan ofsaid. Dan itu adalah terang terang ofsaid.”

Kekalahan tersebut sangat sukar ditelan selepas kekalahan Man United dalam aksi Piala Carabao sebelum ini.

Dalam pada masa yang sama Ole Gunnar Solskjaer mahu membuktikan bahawa beliau orang yang tepat yang mampu membawa semula trofi ke Old Trafford selepas berbelanja sakan dalam beberapa musim ini.