Manchester United keciciran mata sekali lagi dalam usaha mereka mahu mengelakkan jurang mata lebih besar dengan Manchester City.

Terbaru, Man United seri tanpa jaringan di Stamford Bridge dalam pertemuan menentang Chelsea.

Terdapat satu insiden yang menurut Ole Gunnar Solskjaer, bahawa pasukannya berhak mendapatkan penalti. Malang sekali pengadil tidak memberikannya.

Luke Shaw terlebih dahulu tampil mengecam pengadilan yang menurutnya sangat mengecewakan. Shaw menegaskan, pengadil Stuart Artwell memberikan alasan pelik ketika Harry Maguire mempertikaikan kenapa pengadil tak diberikan.

Sedangkan menurut Shaw, VAR sudah jelas memberikan mereka penalti. Shaw turut membuat kenyataan mengejut, pengadil tidak memberikan penalti kerana risau dengan apa yang orang akan kata.

Shaw berkata: “Saya malah mendengar pengadil berkata kepada H [Maguire] ‘jika saya berikan penalti, ianya akan membuatkan orang ramai bercakap tentangnya’.”

Ole Gunnar Solskjaer turut mengkritik pengadilan yang mengecewakan itu. Beliau juga memberikan komen tentang kenyataan pengadil kepada Maguire yang menurutnya adalah tidak bagus kepadanya.

Dan lebih mengejutkan Solskjaer turut mengheret nama Frank Lampard dalam kritikannya.

“Yep, 100 peratus [penalti], terutama sekali mereka terpaksa menghentikan perlawanan untuk melihat semula insiden itu. Dari sini pun [tepi padang] ianya jelas bola terkena tangan [Hudson Odoi].”

“Dan selepas melihat semula ulang tayang, jelas sekali dua mata kami telah dirompak.”

Ole Gunnar menegaskan bahawa ada unsur luar yang mempengaruhi keputusan pengadil. Antaranya adalah satu artikel yang diterbitkan oleh laman rasmi Chelsea tentang insiden Harry Maguire dan Azpilicueta dalam aksi sebelum ini.

“Ada pengaruh luar, dan perbincangan mengenai VAR tentang Harry [dalam insiden dengan Azpilicueta] – dan adalah tidak bagus untuk [artikel] dipaparkan di dalam laman web mereka, artikel itu mempengaruhi pengadil.”

“Anda boleh membaca apa yang mereka katakan mengenai Harry Maguire, memberikan tekanan kepada pengadil untuk memberikan hukuman terhadap kami.”

Solskjaer menegaskan bahawa pengurus Chelsea, Frank Lampard antara individu yang mengkritik penalti yang banyak diberikan kepada Man United sejak musim lalu.

“Apakah ini semua berpunca dari Frank [Lampard]? Sebab ada banyak sangat perbincangan mengenai kami mendapat penalti walaupun tidak ada keraguan.”

“Dan sekarang, hari ini, kita seharusnya mendapat penalti. Itu jelas seperti yang kita tengok.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Pepe, Willian Cemerlang Bantu Arsenal Bangkit Benam Leicester

Sarawak United Tukar Venue Rasmi Ke Stadium Hang Jebat

EPL: Assist Lingard Masih Tak Mampu Halang Kemenangan Ke-20 City Berturut Turut