Ole Gunnar Solskjaer jelas sekali kecewa apabila tersingkir dalam satu lagi separuh akhir musim ini.

Man United gagal untuk mara walaupun mendahului dalam perlawanan ini. Tetapi mereka terkena kebangkitan 2 gol oleh Sevilla.

Ole mengkritik 2 keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka.

Pertamanya adalah lontaran ke dalam yang kontroversi diberikan kepada Sevilla yang membawa kepada gol kemenangan pasukan lawan.

Seterusnya, pengadil tidak memberikan satu lagi penalti kepada United yang menurut beliau, mereka patut dapat.

Namun Solskjaer yakin pasukannya sudah belajar daripada kekalahan ini untuk membangunkan diri mereka lebih kuat pada masa akan datang. Lebih lebih lagi United menurunkan ramai pemain muda pada perlawanan ini.

Selain daripada itu Solskjaer juga kecewa kerana para pemainnya mempersia siakan beberapa peluang.

Manchester United melakukan 20 percubaan dalam perlawanan ini dengan hanya 7 yang tepat.

“Jika ada seseorang daripada para pemain saya memanfaatkan peluang makan kamu boleh menang selesa. Namun itu tidak semestinya berlaku dalam bola sepak.”

“Kami ada momen terbaik pada separuh masa pertama dan kedua, di mana kami seharusnya dan sepatunya menjaringkan beberapa gol.”

Pasukan lawan hanya mendapat 9 percubaan ke arah gol dan 3 percubaan tepat namun mereka berjaya menjaringkan 2 gol.

Solskjaer turut mengkritik pertahanan pasukannya yang melepaskan gol daripada cross sekali lagi.

“Kami sedang melakukan serangan, Anto dikasari dan ianya seharusnya kad kuning. Recovery kita tak bagus dan kita sepatutnya menghentikan hantaran lintang dan mengeluarkan bola ketika masuk ke dalam kotak.”

“Bola terbias pada Brandon [Williams] mengubah arah bola, tetapi sekali lagi, untuk bolos dua gol daripada umpanan silang adalah mengecewakan. ”

Berkenaan dengan pengadil, Solskjaer tak berpuas hati kerana lontaran ke dalam yang sepatutnya menjadi milik mereka tetapi diberikan kepada Sevilla.

Ia membawa kepada binaan gol pasukan lawan.

“Itu jelas lontaran ke dalam milik kita 100%. Namun itulah bezanya pengalaman. Apabila kamu tak dapat lontaran itu, kamu jangan berhenti. Kamu kena terus fokus kepada perlawanan.”

“Kami tahu itu lontaran ke dalam milik kami, namun akhirnya mereka tetap melakukan hantaran lintang untuk gol penyamaan. Jadi ini bukan alasan.”

Solskjaer juga agak kecewa kerana pasukannya tidak diberikan satu lagi penalti.

“Ya kami mendapat sepakan penjuru. Tetapi Diego Carlos jelas sekali tak menyentuh bola. Dia cuma pergi berlari terus ke arah Bruno Fernandes.”

“Namun keputusan dah dibuat. Saya terima pengadil dan pemain membuat keputusan, tetapi itu mungkin bukan keputusan yang tepat.”

Solskjaer menegaskan beliau sangat kecewa dengan kegagalan mengakhiri musim ini dengan piala selepas cemerlang sejak Februari

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Kevin De Bruyne Pemain Terbaik EPL 2019/20

Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Tactical Error’ Dan Ketumpulan City Memakan Diri

Thomas Muller: “Kami Sangat Seronok Hari Ini”