Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Manchester United tidak memiliki pemain yang sesuai untuk memecahkan taktik berkampung West Ham United ataupun bahawas sinisnya Mourinho gelar park th bus.

Man United tersingkir daripada Piala Carabao pada minggu ini selepas tewas 0-1 di tangan West Ham di gelanggang sendiri, hasil gol awal Manuel Lanzini.

Walaupun ketinggalan, Man United memberikan respon dengan mendominasi perlawanan, namun bergelut untuk menyudahkan peluang gol yang mereka miliki.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan penyerangnya yang tumpul. Kerana menurut beliau, tiada masalah pada barisan serangannya, cuma mereka kali ini tidak cukup bagus untuk berdepan dengan taktikan pasif pasukan West Ham yang menunggu di bawah dan menyerang balas.

“Permulaan yang teruk, kemudian kami bermain baik, selepas itu, pada akhir perlawanan kami terpaksa melakukan gung-ho [menyerang beramai ramai dan mengambil risiko] dengan ruang terbuka di belakang kami.”

“Dah tentu mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol,” kata Solskjaer merujuk kepada 3 peluang keemasan pada 5 minit terakhir perlawanan oleh West Ham kerana Man United sudah menggunakan pendekatan ala kamikaze.

Ole Gunnar Solskjaer memuji semangat juang pemain pemainnya walaupun kurang persiapan dalam menghadapai perlawanan kali ini kerana jadual padat.

“Rasanya, para pemain sudah memberikan segalanya. Kami melakukan 27 percubaan gol – jumlah yang cukup bagus – untuk pasukan yang tidak cukup bersedia.”

“Saya berpendapat, kami lebih sabar dan berlari, serta mencuba dari bahagian tengah, kami turut mencipta beberapa peluang gol.”

“Kami bukan pasukan yang bagus berhadapan dengan pasukan blok rendah [berkampung di kawasan sendiri] dan melakukan banyak hantaran lintang. Sebab kami memang bukan pasukan seperti itu.”

“Kami tak ada pemain tipikal untuk perlawanan seperti ini. Kami cuba bermain di sekitar lawan, cuba menembusi mereka, cuba menewaskan garisan pertahanan akhir mereka, malangnya kami tak mencipta peluang yang cukup.”

“Terlalu banyak percubaan dari luar kotak penalti, percubaan yang dihadang. Namun, pemain sudah memberikan semua yang mereka mampu, mereka mencuba, disiplin mereka ketika hilang bola. Saya tak boleh salahkan pemain saya.”

Baca juga artikel

West Ham Singkir Man United, Sancho Terus Kemarau Gol Dan Assist

‘Impian Saya Sebelum Mati Mahu Ronaldo Kembali Ke Sporting’

Cadangan Piala Dunia 2 Tahun Sekali, Ancelotti: “Alang Alang, Buat Setahun Sekali Terus”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group