Solomon Islands, salah sebuah negara yang dijemput untuk beraksi dalam kejohanan Piala AIRMARINE 2019 hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi melalui laman web rasmi Solomon Islands Football Federation (SIFF) untuk tidak menyertai kejohanan itu.

Sebab utama mereka menolak untuk penyertaan adalah kerana mahu mengikuti ‘FIFA Regulations‘ berkenaan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SIFF, Leonard Paia mendedahkan keputusan itu dalam satu sidang media di Honiara bahawa mematuhi peraturan FIFA adalah lebih penting walaupun cukup terliur untuk beraksi bersama negara-negara hebat seperti Malaysia, Oman dan Singapura.

“Kami telah menerima nasihat dari FIFA dan OFC dimana dibawah peraturan FIFA – Status and Transfer of players, Annexe 1 of players to association teams, hanya 2 perlawanan maksimum dibenarkan dalam setiap FIFA Days.”

“Dengan itu, keinginan kami untuk menyertai kejohanan 4 negara di Malaysia tidak dapat direalisasikan sekarang kerana kami telah menerima kelulusan dari FIFA dan OFC untuk bertemu Chinese Taipei pada 24 Mac 2019.”

“Kami difahamkan dalam kejohanan 4 negara di Malaysia itu, akan ada 2 perlawanan bagi setiap negara dan hari terakhir perlawanan adalah pada 23 Mac 2019 dan dengan itu ia jelas menjejaskan semangat seperti yang diperuntukkan untuk mematuhi peraturan dan juga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan  pemain sekurang-kurangnya dengan mempunyai 2 hari berehat.”

“Bila kami menerima tawaran untuk kejohanan 4 negara di Malaysia, ianya terlalu bagus untuk sebuah negara yang less priviledge seperti Solomon Islands dan itu juga sebab mengapa kami cuba untuk menyertai peluang seperti ini kerana ia tidak selalu hadir.”

“Malangnya, kami tidak memberikan perhatian terhadapa peraturan FIFA yang tidak membenarkan kami beraksi dalam 3 perlawanan dalam satu tingkap perlawanan antarabangsa. ”

Presiden SIFF, William Lai mengucapkan terima kasih kepada Malaysia diatas jemputan skuad kebangsaan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia kerana menyatakan minat terhadap pasukan kebangsaan kami namun kami perlu menghormati tarikh yang telah dipersetujui dengan Chinese Taipei.”|

Solomon Islands akan turun beraksi dengan Vanuatu di Lawson Tama pada 17 Mac dan akan terbang ke Taiwan bagi perlawanan persahabatan yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad, 24 Mac 2019.

Sumber