Persaingan hari terakhir EPL tertumpu kepada perebutan untuk 4 teratas bagi mengisi slot UCL musim hadapan.

Chelsea memulakan perlawanan di tempat ketiga. Dan mereka memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan ke UCL menerusi slot EPL. Walaupun masih ada talian hayat menerusi final UCL.

Leicester gagal memanfaatkan peluang pada hari terakhir. Di mana pasukan Chelsea tewas 1-2 di tangan Aston Villa.

Leicester terlebih dahulu mendahului menerusi Jamie Vardy menerusi penalti minit ke-18.

Namun Harry Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-41. Leicester sekali lagi di hadapan, juga menerusi penalti oleh Jamie Vardy pada awal separuh masa kedua.

Mimpi ngeri Leicester bermula apabila Kasper Schmeichel tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan Spurs gol ke-2 dan menjadikan kedudukan 2-2.

Dengan Liverpool yang menambah satu lagi gol di Anfield. Skuad Brendan Rodgers memerlukan kemenangan.

Gareth Bale mematikan perjuangan Leicester menerusi gol ketiga minit ke-87. Walaupun Chelsea kalah 1-2 di Villa Park, Leicester tiada harapan untuk mara.

Bale menambah 1 lagi gol dan Spurs akhirnya menang 4-2 dan menamatkan musim di atas Arsenal sekali lagi.

Chelsea pasti menarik nafas lega kerana Leicester gagal menang.

Liverpool dan Chelsea lolos ke UCL musim hadapan. Manakala Leicester sekali lagi terlepas peluang, walaupun mereka lebih banyak berada di 3 teratas musim ini berbanding Liverpool dan Chelsea.

Harry Kane menamatkan saingan musim ini selaku pemenang kasut emas.

Baca juga artikel

Koeman Akui Masa Depannya Belum Tentu Selamat

RASMI: Gol Suarez Pastikan Atletico Madrid Juara Dengan Persaingan Dramatik Hari Terakhir

‘Tie Breaker’ Digunakan Jika Liverpool Dan Leicester Terikat Mata Dan Perbezaan Jaringan