Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa dua slot automatik untuk beraksi di kejohanan Piala AFC pada musim 2021 akan diberikan kepada pasukan juara Piala FA dan naib juara CIMB Liga Super.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-20 semalam selepas pengendali Liga Malaysia itu dimaklumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung penambahan slot automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC.

Sementara slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) kekal milik juara CIMB Liga Super. Sebelum ini, Malaysia hanya meraih satu slot automatik ke ACL dan satu slot pusingan Play Off ACL.

Guangzhou Evergrande v FC Seoul – AFC Champions League 2013 Final 2nd Leg
Photo by Thananuwat Srirasant/Getty Images)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, MFL selaku pengendali Liga Malaysia gembira dengan perkembangan terbaharu itu yang dilihat sebagai peluang terbaik untuk pasukan tempatan bersaing di pentas antarabangsa.

“Kita sudah dimaklumkan mengenai penambahan slot ini namun masih menunggu surat rasmi daripada AFC. Kita sudah membuat keputusan awal berhubung perkara ini supaya dapat memberikan penjelasan awal kepada semua pasukan Liga Malaysia.”

”Apa yang pasti, tambahan slot ke Piala AFC ini akan menyuntik semangat buat semua pasukan memberi saingan lebih kompetitif bagi merebut slot berkenaan,” katanya.

Pihak AFC sebelum ini mengesahkan akan menambah bilangan pasukan bertanding dalam saingan ACL mulai musim 2021 kepada 40 pasukan daripada 32 pasukan.

Menurut peraturan terkini, ranking Member Association (MA) yang berada di kedudukan ranking 7 hingga 10 layak mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan.

Pemberian slot dibuat setelah mengambil kira kedudukan ranking MA terakhir pada bulan November 2019 sebagai asas menentukan 10 MA terbaik bagi kedua-dua bahagian zon Asia Barat dan Asia Timur.

Baca artikel lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembahagian slot AFC Champions League pada tahun 2021.

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021

Thailand Sah Menerima Slot 2+2 Dalam Saingan AFC Champions League 2021, AFC Hantar Surat Pengesahan Rasmi.