Kemenangan Pahang FA dalam fi al Shopee Piala FA 2018, menjadikan slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019 menjadi buruan lain dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018.

Pahang FA yang masih dalam penggantungan dari menyertai sebarang kejohanan diperingkat AFC, membolehkan pasukan yang mempunyai lesen kelab AFC ditempat ke 2 unifi Liga Super 2018 memperolehi slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019 nanti.

Menurut kalendar kejohanan bola sepak dibawah gabungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), perlawanan kelayakan 2 play-off AFC Champions League 2019 nanti akan diadakan pada bulan Februari 2019.

Berdasarkan slot yang diterima oleh Malaysia, dijangka pasukan yang memperolehi slot ini akan bertemu kelab dari Hong Kong.

Seterusnya, jika pasukan kelab dari Malaysia berjaya menewaskan kelab Hong Kong, pasukan ditempat ke 3 Liga Super China atau K.League Classic akan menanti dipusingan play-off.

Johor Darul Ta’zim yang hampir pasti muncul sebagai juara unifi Liga Super Malaysia 2018, akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019.

Nota: Hanya pasukan unifi Liga Super Malaysia yang mempunyai lesen kelab AFC sahaja yang layak beraksi. Jika pasukan tersebut tidak mempunyai leseb kelab AFC, slot itu akan diberikan kepada pasukan dikedudukan bawah yang mempunyai lesen.