Perkara menyedihkan berlaku ke atas pemain skuad B-20 wanita Congo sebelum menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Dunia Wanita B-20 2022.

Congo dijadualkan turun menentang Cameroon dalam aksi kelayakan di laman sendiri namun apa yang berlaku terhadap pemain sebelum perlawanan dianggap sebagai mimpi ngeri dan tidak sepatutnya berlaku dalam dunia bola sepak.

Dalam satu video yang tular di laman media sosial Twitter, para pemain dilihat menjalani latihan di tengah jalan berlumpur setelah Persatuan Bola Sepak Congo (CFA) dilaporkan gagal untuk menyediakan padang bagi para pemain menjalani latihan.

Selain itu, para pemain dihalau oleh pihak hotel tempat mereka menginap ekoran kegagalan badan bola sepak negara tersebut untuk membayar caj yang dikenalan oleh pihak hotel sekaligus memaksa pemain tidur di luar.

Setelah video ini tular di laman media sosial, CFA menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka dengan memberi alasan mengapa pemain berlatih di tengah jalan selain terpaksa tidur di luar.

Menurut badan tersebut, pemain mengadakan sesi latihan ringan di jalan kerana sedang menunggu bas untuk membawa mereka ke tempat latihan.

https://twitter.com/fecofa_kinshasa/status/1448670998677577728?s=21

https://twitter.com/fecofa_kinshasa/status/1448668993338937346?s=21

Selain menafikan perkara yang berlaku, CFA turut melabel individu yang memuat naik video berkenaan di media sosial sebagai pembohong dan hanya menunjukkan sesuatu yang tidak benar kepada ramai pihak.

Persatuan Pemain Profesional (FIFPRO) menganggap perkara yang terjadi kepada pemain B-20 tahun Congo sebagai satu hal yang tidak boleh diterima dalam bola sepak.

Ramai pihak juga mahu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengambil tindakan tegas terhadap CFA kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak dunia di sini:

Legenda Perancis Saran Mbappe Kekal Di PSG Sebab Real Madrid Tak Ada Peluang Memenangi UCL

Infantino Idam Negara Arab Jadi Rakan Israel Anjur Piala Dunia 2030

Kelayakan Piala Dunia 2022: Park Hang-seo Tidak Puas Hati Dengan Mutu Pengadilan