Hasrat skuad bawah 22 tahun (B-22) Vietnam untuk menyertai kejohanan jemputan Toulon di Perancis pada 23 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021 tidak menjadi kenyataan apabila Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) membuat keputusan untuk menarik diri.

Penyertaan kejohanan itu adalah sebahagian daripada persiapan awal mereka menghadapi saingan Sukan SEA 2021 dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun lepas di Filipina.

Naib Presiden VFF, Tran Qouc Tuan menjelaskan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 merupakan punca utama mereka membuat keputusan untuk tidak menyertai sebarang kejohanan di luar negara.

Selain itu, mereka juga berdepan kesukaran untuk terbang ke Perancis kerana sekatan perjalanan dan tidak dapat kelulusan kerajaan.

“Kerana COVID-19, pasukan ketika ini tidak dapat melakukan perjalanan melalui udara ke Perancis. VFF telah bermesyuarat dan memutuskan untuk batalkan penyertaan di kejohanan Toulon 2020,” katanya dipetik dalam TheThao247.

Setakat ini, 10 negara telah mengesahkan penyertaan di kejohanan tersebut iaitu Indonesia, England, Perancis, Jepun, Australia, Mexico, Congo, Morocco, Ivory Coast dan Romania.

Selain itu, VFF turut mengalami kesukaran untuk memutuskan siapa barisan jurulatih yang akan membimbing pasukan Vietnam dalam kejohanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Thanawat Suengchitthawon Jaringkan Gol Pertama Bersama Leicester City

AFC Keluarkan Jadual Bagi Perlawanan Kumpulan G Dan H Saingan ACL

Dang Van Lam Dalam ‘Class’ Tersendiri Berbanding Penjaga Gol Lain Dalam Thai League. – Marquinhos Goleiros