Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini telah mengumumkan syarikat After Image Sdn Bhd diberi tanggungjawab menguruskan pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.

Menurut kenyataan daripada Presiden KAFA, Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, syarikat berkenaan akan bergabung bersama badan induk bola sepak negeri di bawah sebuah entiti iaitu Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

“TRW Sdn Bhd akan menjadi platform kepada rakan-rakan kongsi baharu yang lain untuk menguruskan pasukan bola sepak Kelantan, katanya.

D0F3B2FB-7776-4E97-99DA-19D3126F9048
FOTO: KAFA

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Penaja telah diadakan di ibu pejabat Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara (LKTN) Kelantan di Kota Bharu.

Hadir sama, Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid, Setiausaha Agung, Husin Deraman dan barisan exco persatuan.

18DD993C-E033-4916-9671-7DFF6B38821F

Serentak dengan itu, Datuk Haji Wan Abdul Rahim turut mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan After Image Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Bendahari baharu KAFA merangkap pengurus pasukan The Red Warriors musim depan.

Antara barisan penaja yang turut hadir adalah Konsortium E-Mutiara Berhad, PUC Sport, Rasniaga Sdn Bhd, Pakaq Gomo Gymnasium, Klinik Primer Wakaf Che Yeh dan Al Quds Travel Sdn Bhd.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.

Jafri Firdaus Chew Kecewa Dengan Cara KFA Lepaskan Beliau

Matthew Davies Tidak Akan Sertai Pasukan Lain, Masih Setia Dengan Pahang

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor