Beberapa hari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bawah 20 tahun yang dikenali sebagai skuad projek FAM-MSN.

Sebagai perintis projek tersebut, seramai 30 pemain terdiri daripada lepasan AMD, Piala Belia, Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia & Negeri Pusat Latihan Daerah di bawah NFDP bermula Januari 2021.

Bekas jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah pula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad FAM-MSN ini dan semua pemain yang terpilih akan menjalani latihan di MSN selain diberikan elaun, penginapan, makanan, sokongan perubatan serta peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Skuad ini akan beraksi dalam saingan Liga Premier 2021. Namun, timbul pertanyaan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai status pasukan itu jika layak ke Liga Super secara merit atau mendapat tiket beraksi di Piala Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pasukan itu tidak layak beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia. Malah, mereka juga akan diturunkan ke Liga M3 jika berada di kedudukan terbawah Liga Premier.

“Skuad ini tak boleh beraksi dalam Liga Super. Mereka akan kekal sebagai skuad pembangunan dalam Liga Premier.

“Mereka juga tidak akan beraksi dalam Piala Malaysia dan Piala FA. Kami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kelulusan dari Konfederasi Bola Sepak  Asia (AFC) mengenai penyertaan skuad projek dalam Liga Premier,” kata Stuart dipetik dalam New Straits Times.

Eo3jPRVUcAAa6P6

Penubuhan skuad ini turut mendapat reaksi negatif daripada bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim. Beliau menyifatkan ia adalah satu keputusan yang tidak masuk akal.

“Pemain berusia 18 tahun dan beraksi menentang pemain profesional, apa pendedahan atau pengalaman yang boleh diperolehi oleh mereka ini sebenarnya?

“Mereka memerlukan masa dan perlu bermain dalam sebuah liga yang bersesuaian dengan tahap semasa mereka dan bukannya Liga Premier. Itu membunuh!

“Seperti yang banyak kali saya katakan, mereka tidak faham apa maksud pembangunan remaja sebenarnya,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Empat Pemain Hadapi Saingan Musim 2021

Melaka United Semakin Hampir Dapat Khidmat Manuel Ott

Bekas Pemain Aston Villa, Christopher Herd Dikaitkan Dengan Terengganu