Skuad Projek FAM-MSN antara pasukan yang bakal menjadi tumpuan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila disahkan beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini.

Pasukan ini ditubuhkan hasil kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.

Dilatih bekas pengendali Kelantan, Kuala Lumpur dan Felcra FC, Yusri Che Lah sambil dibantu Noor Zaidi Rohmat sebagai penolong jurulatih, manakala Hamsani Ahmad bertindak selaku jurulatih penjaga gol.

28 pemain muda telah diserapkan dalam skuad ini, hanya enam sahaja pemain memiliki pengalaman beraksi di Piala Belia iaitu kejohanan Bawah 17 tahun di bawah seliaan FAM dan situasi itu bakal berikan cabaran besar buat Yusri memastikan pemain-pemain cepat matang menghadapi bahang saingan Liga Premier.

Menurut Yusri, harapannya mahu melihat seberapa ramai pemain ini dapat diserapkan ke dalam skuad Sukan SEA pada tahun ini selain menjadi platform buat bakat-bakat muda ini mencipta nama bagi melakar masa depan yang lebih gemilang.

“Saya mahu pemain-pemain dapat seberapa pantas dapat menyesuaikan diri dengan saingan Liga Premier kerana masa tidak boleh menunggu mereka.

“Pemain dari hari ini perlu menanamkan mentaliti untuk menang dalam tiap perlawanan yang mereka akan harungi biarpun tiada sasaran tertentu diletakkan.

“Tanpa pemain import dan cetek daripada segi pengalaman, itu bukan alasan buat mereka untuk berikan cabaran kepada pasukan lain, dan saya optimis mereka mampu berikan saingan, ” katanya dalam MFL.

Penyerang berusia 18 tahun serta merupakan produk AMD, Azhad Arraz Arman yang berasal dari Semporna, Sabah dijangka akan jadi taruhan Skuad Projek FAM-MSN.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?

RASMI: Melaka United Umum Alex Gonçalves Dan Manuel Ott Sebagai Pemain Import Baharu

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group