Selepas beberapa hari artikel berkenaan cadangan pasukan Kelantan yang mahu memotong gaji pemain mereka buat sementara ketika perlawanan ditangguhkan, kini timbul pula desas-desus berkenaan isu pembayaran gaji tertunggak dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia 2019/2020 negeri itu.

Perkara itu telah muat naik melalui laman sosial Facebook, dimana seperti seorang pegawai atau pemain yang mengadu bahawa gaji mereka tidak dibayar sejak tahun 2019 sehingga kini.

Pegawai atau pemain yang masih tertunggak gajinya itu juga turut mahu pihak pentadbiran tertinggi KAFA untuk melepaskan jawatan jika tidak mampu menjalankan amanah yang diberikan.

“Dah la gaji kami tidak dibayar sehingga kini, janji tak ditepati. Kasihanilah kami yang berjuang untuk negeri Kelantan ini tapi dilayan macam pengemis.”

88350749_115710326693824_4457094138101235712_o

“Sungguh susah untuk digambarkan didalam kita semua sedang diuji dengan penyakit korona virus ini, kami tidak mampu untuk membeli keperluan asas seperti orang lain kerana tiada wang.”

“Demi Allah pihak pengurusan KAFA gagal menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka dan nasib kami tiada pembelaan yang sewajarnya.”

Menurut mereka, aduan kepada pihak PFAM telah dibuat dan mereka harapan agar keadilan akan berpihak kepada pihak yang benar.

Dalam kenyataan itu juga, ada dinyatakan bahawa pihak KAFA masih terus menyimpan salinan kontrak walaupun sudah diminta untuk menyerahkan salinannya.

Untuk makluman, urusan skuad Piala Belia dan Piala Presiden adalah milik KAFA manakan urusan operasi pasukan senior Kelantan adalah menjadi tanggungjawab syarikat After Image Sdn Bhd.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Ini 4 Bekas Pemain Buriram United Yang Sedang Beraksi Bersama Pasukan Dalam Liga Super Malaysia 2020