Walaupun berdepan banyak cabaran sebelum, semasa dan selepas tamat perlawanan semalam, skuad Malaysia U18 berjaya menumbangkan pasukan Indonesia U18 dalam perlawanan separuh akhir Asian School Football Championship 2019 (ASFC2019) yang berlangsung di Stadium Batakan, Balikpapan.

Pelbagai masalah dan cabaran terpaksa dilalui oleh pemain-pemain Malaysia U18 yang berusia 16 tahun sebenarnya sehingga perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana dikatakan bas tidak dapat masuk ke kawasan stadium.

Ketika perlawanan berlangsung, ubi-ubi Malaysia ini berdepan dengan hampir 40,000 orang penyokong Indonesia yang hadir ke stadium untuk melampiaskan ketidakpuasan hati mereka kepada pasukan Malaysia yang berjaya menumbangkan pasukan kebangsaan mereka baru-baru ini.

Namun, pemain-pemain Malaysia U18 seperti tidak terjejas dengan semua itu walaupun dibaling dengan botol sepanjang perlawanan termasuk terpaksa beraksi dengan 10 orang apabila salah seorang pemain dilayangkan kad merah.

Mentaliti, psikologi dan fokus mereka tidak goyang kepada perkara luar padang dan ini adalah satu contoh baik yang perlu dipelajari tidak kira pemain lebih muda atau sudah bergelar pemain senior.

Saksikan gol-gol ketika penentuan sepakan penalti yang dimenangi oleh pasukan Malaysia semalam;

Dapat disaksikan dengan jelas bahawa botol-botol minuman dilemparkan kearah pemain-pemain Malaysia yang berada didalam padang meraikan kemaraan mereka ke perlawanan akhir ASFC2019.

Perlawanan itu terpaksa dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti, apabila terikat dengan keputusan seri 1-1. Pasukan Malaysia U18 dengan penuh yakin menyepak masuk semua 5 sepakan tanpa gagal untuk mengungguli Indonesia U18 dengan keputusan akhir 5-3.

Skuad itu akan beraksi dalam perlawanan akhir berdepan dengan pasukan Thailand U18 pada hari ini.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan kepada anda sebagai rujukan.

Warga Indonesia Ini Akui Penyokong Mereka ‘Darurat’ Hormati Pasukan Lawan, Fanatik Itu Boleh, Goblok Itu Jangan.

Fakta: 74 Kematian Dalam Tempoh 25 Tahun, Bukti Indonesia Antara Negara Paling Ganas Dalam Bola Sepak Asia

Kredibiliti FIFA Pilih Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20 Dipersoal