Skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15) sekali lagi melakar kejutan apabila menewaskan Korea Utara, 2-1 petang tadi sekaligus dinobatkan sebagai juara kejohanan jemputan remaja antarabangsa Persatuan Bola Sepak China (CFA) di Haikou City.

Ini adalah kemenangan kedua mereka selepas menewaskan pasukan gergasi Asia, Iran dengan jaringan 2-0 pada perlawanan pertama beberapa hari lalu. Mereka juga mengikat tuan rumah, China dengan jaringan 1-1 kelmarin dan mengekalkan rekod tanpa kalah.

Jaringan daripada Aliff Izwan Yuslan dan Nabil Qayyum sudah cukup memastikan skuad kendalian P. Maniam itu mencipta sejarah baharu menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa. Ia juga menunjukkan program pembangunan bola sepak negara (NFDP) sudah mula membuahkan hasilnya.

CFA U15 vocket-01-01

Kejohanan tersebut juga merupakan perlawanan pemanas badan terakhir sebelum mereka berlepas ke Thailand untuk menghadapi Kejohanan AFF B-15 yang akan bermula pada 24 Julai hingga 10 Ogos 2019 di Institut Pendidikan Fizikal, Chonburi.

Dalam saingan AFF B-15, mereka telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Thailand, Laos, Kemboja, Brunei DS dan Australia.

Selain itu, mereka turut akan menghadapi kelayakan kejuaraan AFC b-16 2020 pada bulan September ini dimana mereka diundi dalam Kumpulan J dan akan bertemu Kemboja (18 September 2019), Laos (20 September 2019) dan Jepun (22 September 2019) serta Laos yang merupakan tuan rumah bagi kumpulan tersebut.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group