Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dalam kejohanan Piala Raja Thai 2018 yang berlangsung dari 22 hingga 25 Mac 2018 yang lalu Slovakia telah berjaya menjuarai trofi tersebut selepas menewaskan tuan rumah 3-2. 3 pasukan jemputan dalam kejohanan itu adalah Slovakia, Gabon dan UAE.

Dalam perlawanan pertama, Thailand yang berada di ranking ke 129 berjaya menewaskan Gabon melalui penentuan sepakan penalti 4-2 selepas seri tanpa jaringan dalam 90 minit permainan.

Manakala Slovakia yang berada di kedudukan 29 dunia, berjaya menewaskan UAE 2-1, seterusnya bertemu Thailand di perlawnan akhir.

Rajevac Bangga Dengan Aksi Pemain Thailand

Ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac memberitahu media bahawa beliau merasa bangga dengan persembahan anak buahnya walaupun tewas 3-2 ditangan Slovakia.

29355123_1837701779627853_3704212719201267049_o

“Saya bangga dengan pasukan ini. Lihat pada kedudukan ranking FIFA, Sloavakia berada 100 anak tangga lebih baik dari Thailand. Kami beraksi dengan baik dan pemain memberikan aksi yang terbaik untuk semua peminat”, kata Rajevac selepas perlawanan.

Selain itu jurulatih berasal dari Serbia itu juga menegaskan bahawa pasukannya telah menunjukkan peningkatan yang berterusan.

“Kami telah mempamerkan peningkatan secara berterusan. Kami hanya mempunyai masa yang terhad untuk mempersiapkan pasukan untuk kejohanan ini tetapi para pemain berjaya memahami taktik yang diterapkan dan beraksi dengan baik. Mereka telah memperoleh pengalaman berharga apabila bertemu pasukan berkelas dunia.”

Presiden FAT Aturkan Perlawanan Dengan Pasukan Gergasi

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Somyot Poompunmuang memberitahu beliau akan berusaha untuk mengaturkan perlawanan pemanas badan dengan pasukan yang kuat sebelum kejohanan Piala ASia 2019 yang akan berlangsung pada Januari 2019 nanti.

28947512_1837702129627818_8375637892083194173_o

Selain itu, Thailand juga akan turun beraksi dalam kejohanan AFF Suzuki Cup hujung tahun ini untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2016 yang lalu.

Dengan aksi yang ditunjukkan, skuad Thailand meraih 5 juta Baht hasil kemenangan keatas Gabon dan 2 juta Baht apabila tewas kepada Slovakia sumbangan dari Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Jan Kozak Puji Aksi Cemerlang Chanathip Dan Teerasil

sys-c54c3174a843c31a4f057c3582f5835b

Ketua jurulatih Slovakia, Jan Kozac memberitahu ada 2 pemain yang menarik perhatian beliau dan sering mendatangkan bahaya kepada pasukannya dalam perlawanan akhir itu.

“Thailand adalah sebuah pasukan yang kuat. Mereka ketinggalan 2 gol tetapi tidak berputus asa. Mereka mempunyai ramai pemain yang bagus dan 2 orang yang paling menonjol adalah pemain jersi 18 (Chanathip) dan 10 (Teerasil). Saya rasa mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak.”