Pasukan kebangsaan Thailand dibawah bimbingan Akira Nishino sudah mula berkumpul bagi memulakan sesi latihan pusat menjelang 2 perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2022 kurang 2 minggu lagi.

24 pemain pertama yang diketuai oleh kapten Siwarak Tedsungnoen melaporkan diri ke kem latihan semalam termasuk Teerasil Dangda, Sarach Yooyen, Ekanit Panya dan Supachok Sarachart.

Dalam kem itu juga turut disertai oleh 3 orang pemain yang buat pertama kali dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan Thailand iaitu Chayawat Srinawong, Sarawut Inpan dan Teerapol Yoryoei.

75271448_2767363663328322_2876281182281007104_o

Barisan penjaga gol skuad kebangsaan Thailand.

Manakala penyerang muda Buriram United yang sedang meningkat naik, Suphanat Mueanta akan berlatih dengan skuad kebangsaan Thailand terlebih dahulu sebelum menyertai skuad Thailand U19 dalam kejohanan kelayakan AFC U19 yang akan berlangsung di Kemboja.

Selain itu, 4 pemain Thailand yang berpangkalan diluar negara Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Thitiphan Puangjan (Oita Trinita), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) and Kawin Thamsatchanan (OH Leuven) akan bersama-sama dalam kem mengikut tarikh kalendar perlawanan antarabangsa FIFA.

74367255_2767357529995602_3204363915727208448_o

Pemain-pemain Port FC yang terlibat dengan perlawanan akhir FA Cup pula akan menyertai kem latihan pada 7 November  2019.

Thailand dijangka akan terbang ke Kuala Lumpur sekitar hujung minggu hadapan untuk menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November 2019 sebelum ke Hanoi berdepan pasukan Vietnam.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai penyokong sejati bola sepak.

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Tan Cheng Hoe Panggil 26 Pemain Menjelang Perlawanan Menentang Thailand Dan Indonesia

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group