Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjalankan siasatan terhadap skuad kebangsaan Myanmar berikutan dugaan mengatur perlawanan pada saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Myanmar tewas kepada pasukan Kyrgyztan dengan keputusan 7-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Dolen Omurzakov, Bishek Oktober lalu. Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw mengesahkan dimana FIFA dan AFC membuat lawatan ke negara tersebut bagi menyiasat tuduhan pengaturan perlawanan yang mungkin terjadi.

Myanmar

Sumber Gambar: AFC

“Satu perkara yang biasa apabila FIFA menjalankan siasatan terhadap perlawanan yang menghasilkan jumlah jaringan besar. Mereka selalu menjalankan siasatan seperti ini. Pihak kami akan membantu mereka dalam proses ini,” kata Zaw Zaw.

“Menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan, FIFA dan AFC berhak untuk menyiasat jika mereka mempunyai keraguan mengenai pengaturan perlawanan. Jika mereka mengesan ada pengaturan perlawanan, maka mereka akan membuat pengumuman. Jika tiada, maka tidak ada sebarang pengumuman dibuat.

Myanmar

Antoine Hey. Sumber Gambar: Foxsport

Kekalahan 7-0 kepada Kyrgyzstan menyaksikan pengendali pasukan, Miodrag Radulovic dipecat dan digantikan oleh bekas ketua jurulatih, Antoine Hey bagi menghadapi baki saingan peringkat kelayakan.

Menurut laporan, FIFA dan AFC telah bertemu dengan lapan pemain yang terlibat dalam perlawanan terbabit dan mereka telah menanyakan beberapa soalan kepada para pemain dengan menunjukkan video perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia

BG Pathum United Mulakan Saingan Thai League 1 Dengan Kemenangan

Thai League 1: Police Tero Kejutkan Bekas Juara, Buriram United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group