Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bapa kepada pemain kacukan negara, Jaami Qureshi iaitu Perviz Qureshi mendedahkan skuad kebangsaan Iraq ada menghubungi anaknya mengenai kemungkinan untuk beraksi bersama pasukan itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad di laman media sosial Twitter dimana Perviz turut menegaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya menghubungi mereka hanya pada Jun tahun lalu dan kemudiannya tiada sebarang perbincangan lanjut.

Jaami Qureshi mempunyai pertalian darah Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Manjoi, Perak sekaligus membolehkan pemain berusia 17 tahun ini beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Selain itu, pemain Brighton & Hove Albion ini juga boleh beraksi bersama Iraq yang mana bapanya berasal dari negara itu selain negara kelahiran Jaami sendiri iaitu England.

Tahun lalu, skuad B-19 tahun negara berminat untuk mendapatkan khidmat Jaami bagi membantu pasukan yang akan beraksi dalam saingan AFC B-19 Tahun di Uzbekistan.

Jaami Qureshi

Sumber Gambar: Brighton & Hove Albion

Namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan kerana AFC membatalkan kejohanan tersebut ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Sebelum ini, Malaysia kehilangan khidmat seorang lagi pemain muda, Isaac Angking yang lebih memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Puerto Rico.

Bekas pemain New England Revolution di saingan Major League Soccer (MLS) itu mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Sarawak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai

Skuad JDT Berlepas Ke Bangkok Dengan Suit Baharu Yang Lebih Bergaya

Benjamin Mora Beri Sebab Mengapa Gonzalo Cabrera Tidak Disenaraikan Dalam Skuad ACL

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group