Kelab gergasi J. League, Kawasaki Frontale akhirnya sudah tiba di Johor Bahru hari ini untuk menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) yang melibatkan wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC.

Mereka tiba lebih awal untuk membiasakan diri dengan keadaan cuaca panas di Malaysia dan juga mencuba rumput baharu di Stadium Larkin. Kehadiran mereka turut disambut oleh Mr Hiroi Koichi yang merupakan penyelia padang kelab bola sepak JDT.

Kawasaki Frontale kini berada di kedudukan teratas J.League 1 dengan 20 mata dan hanya tewas dua kali selepas mengharungi 10 perlawanan. Mereka juga hadir dengan reputasi sebagai juara bertahan J.League.

Pasukan kendalian Toru Oniki itu turut diperkuatkan oleh bintang kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin dan dua pemain kebangsaan Jepun, Miki Yamane serta Shogo Taniguchi.

Penjaring terbanyak kelab itu, Leandro Damiao turut menyertai rombongan ke Johor Bahru dan beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Brazil yang memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2012.

Mereka dijadualkan menentang pendahulu K-League, Ulsan Hyundai pada 15 April ini sebelum menentang Guangzhou FC pada 18 April. Kedua-dua perlawanan ini berlangsung di Stadium Larkin.

Pertembungan Kawasaki Frontale menentang juara bertahan Liga Super, JDT pada 21 April ini di Stadium Sultan Ibrahim dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apatah lagi ia melibatkan pasukan terbaik dari negara Jepun dan Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Guangzhou FC Hantar Pemain Muda Bawah 22 Tahun Ke Saingan ACL 2022 Di Johor Bahru

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Piala Dunia 2022: Jepun Tiada Masalah Dengan Kumpulan E, Sedia Tewaskan Sepanyol Dan Jerman