Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan Vietnam bakal menerima kunjungan skuad Jepun dalam perlawanan ke-5 kelayakan Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di Stadium My Dinh pada 11 November 2021.

Menurut laporan sebuah media sukan Vietnam, 3 hari yang lalu kumpulan pertama dari Jepun tiba di Lapangan Terbang Noi Bai dengan 10 orang pegawai pasukan yang membawa kelengkapan latihan skuad Samurai Blue itu.

Artikel itu mendedahkan bahawa ada kira-kira 200 barang yang dibawa dari Jepun dan dianggarkan seberat 8 tan kesemuanya, yang merupakan peralatan latihan, ubat-ubatan, jersi dan lain-lain perkara yang diperlukan oleh pemain-pemain mereka.

Semua barangan ini juga akan turut dibawa ke Muscat, Oman selepas tamat perlawanan di Hanoi kerana mereka dijadualkan untuk berdepan pasukan Oman pada 16 November nanti.

Menurut artikel itu lagi, Vietnam Football Federation (VFF) telah menyediakan kenderaan kemudahan pemain dan pegawai pasukan Jepun itu dimana sebuah bas, 2 limosin dan sebuah kereta diperlukan untuk memastikan kumpulan pertama itu bergerak dengan lancar.

Kumpulan ke-2 dari Jepun dikatakan sudah bertolak pada 7 November dan telah berada di Hanoi, manakala kumpulan ke-3 pula yang terdiri dari pemain-pemain yang berpangkalan di eropah baru sahaja tiba pada jam 10 malam 9 November menggunakan pesawat sewa khas dari Belanda.

Kumpulan ke-3 ini hanya akan sempat menjalani latihan terakhir bersama pasukan apabila penerbangan mereka dari Rusia ke Hanoi terpaksa ditunda selama 12 jam dari jadual asal disebabkan isu teknikal pesawat.

11 pemain dari eropah yang terlibat adalah Kyogo Furuhashi, Takumi Minamino, Junya Ito, Daichi Kamada, Genki Haraguchi, Hidemasa Morita, Takehiro Tomiyasu, Maya Yoshida, Ko Itakura, Eiji Kawashima dan Ritsu Doan.

Tiket perlawanan Vietnam bertemu Jepun itu sudah pun habis dijual dalam masa 30 minit sahaja untuk semua kategori walaupun harga paling murah adalah sekitar RM90!

Bagi tiket paling mahal di Stadium My Dinh, berharga RM220 telah habis dijual dalam masa 5 minit sahaja manakala tiket berharga VND900,000 atau RM164 pula sold-out dalam 10 minit.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Yoichi Takahashi “Hidupkan” Gelanggang Terbiar Dengan Mural Kapten Tsubasa Besar Gila Di Bangkok

Tonton Video Padang Stadium Santiago Bernabeu ‘Disimpan’ Seperti Parking Bertingkat Bawah Tanah.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group