Pasukan kebangsaan dilaporkan mengambil keputusan untuk menunda kem latihan pusat yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam, perancangan seterusnya ialah mengadakan kem latihan pusat pada awal Februari, bergantung kepada garis panduan yang dipersetujui oleh beberapa pihak.

Lebih setahun pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak dapat mengumpulkan pemain bagi menjalani kem latihan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Ketiadaan kem latihan dilihat bakal menjejaskan peluang skuad kebangsaan dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang mungkin disambung semula pada Mac ini.

Pasukan lain dalam kumpulan G seperti Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terlebih dahulu mengumpulkan pemain sekaligus menjalani sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan bagi menjalani sainhan peringkat kelayakan.

Kem Latihan Pusat
Sumber Gambar: FAM

Dalam carta kumpulan G, Malaysia ketika ini menduduki tangga kedua dibelakang Vietnam dengan kutipan 9 mata, dua mata dibezakan dengan skuad bimbingan Park Hang-seo itu.

Sekiranya meraih kemenangan pada baki tiga perlawanan menentang Vietnam, UAE dan Thailand, maka pasukan negara akan layak ke pusingan ketiga dan secara automatik layak ke temasya Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Penaja ‘Menunggang’ Pasukan Liga Malaysia, Siapa Yang Harus Dipersalahkan Sebenarnya?

Tiga Kriteria Utama Yang Perlu Dipenuhi Jika Malaysia Mahu Jadi Tuan Rumah Kelayakan Piala Dunia 2022

TMJ: Jika Nak Tegur Tentang Ranking, Fahami Proses Dan Sistem Dahulu