Beberapa pemain skuad Harimau Malaya hari ini telah menerima suntikan vaksin dos pertama sebagai persiapan berlepas ke UAE bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun nanti.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menjadi anggota pertama yang menerima suntikan itu. Individu kedua yang menerima suntikan vaksin pula ialah Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Kapten pasukan dan juga tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim(JDT) Aidil Zafuan Abd Razak merupakan pemain kebangsaan pertama menerima suntikan berkenaan di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik, Putrajaya.

Antara pemain yang turut kelihatan menerima suntikan vaksin itu ialah dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh serta beberapa pemain JDT iaitu Arif Aiman, Ramadhan Saifullah, Farizal Marlias, Akhyar Rashid dan lain-lain.

https://youtu.be/uCAygXPdQ8E

FAM telah senaraikan Lebih kurang 38 nama pemain (menerima vaksin) supaya mereka tidak berasa risau untuk bertandang ke Dubai.

Tiga pemain yang berpengkalan di luar negara iaitu Liridon Krasniqi (Newcastle Jets), Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Junior Eldstal (Chonburi FC) dijangka akan menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Pasukan negara dijangka berlepas ke Bahrain puntuk mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ke Dubai, UAE bagi menyambung kembali kempen kelayakan tergendala sejak awal tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Semua pemain akan dikumpulkan dalam kem latihan pusat pada 16 Mei 2021 sebelum ke luar negara menentang Kuwait pada 23 Mei 2021 dan Bahrain pada 28 Mei 2021.

Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022, pasukan negara akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun dan kemudiannya turun menentang Vietnam lapan hari kemudian. Malaysia menutup kempen kelayakan dengan berdepan Thailand pada 15 Jun 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Kuwait Dan Bahrain Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Kelayakan Piala Dunia 2022

Tiga Pemain Beraksi Di Luar Negara Bakal Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Vaksin Untuk Elakkan Kluster Harimau Malaya

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin