Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan skuad Harimau Malaya akan melengkapkan dos kedua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada hari Isnin (10 Mei) ini.

Pada 19 April lalu, beberapa pemain kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin termasuk Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Antara pemain yang menerima suntikan vaksin itu ialah dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh serta beberapa pemain JDT iaitu Aidil Zafuan, Arif Aiman, Ramadhan Saifullah, Farizal Marlias, Akhyar Rashid dan lain-lain.

Bagaimanapun, pemain yang beraksi di luar negara perlu menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 tersebut.

vaksin hm
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin anggota pertama terima suntikan vaksin.

Para pemain akan melaporkan diri di kem latihan pusat pada 16 Mei 2021 sebelum berangkat ke luar negara pada 20 Mei 2021 untuk menghadapi 2 perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Bahrin serta kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai, UAE.

Stuart turut berkata, sesi latihan skuad Harimau Malaya tidak akan terjejas walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan lembah klang.

“Dengan pengumuman baru ini, mungkin ada kekangan atau SOP (prosedur operasi standard) berubah. Jadi kita akan memastikan semua arahan dan garis panduan yang diberikan (dipatuhi) dan pasukan kebangsaan tidak akan terganggu,” katanya dalam Bernama. 

“Maklum balas yang saya terima dari jurulatih Tan sangat positif, saya rasa pasukan kebangsaan yang tidak beraksi dan tidak bersama untuk tempoh yang agak lama, memberi satu sentimen dan semangat dalam pasukan yang agak luar biasa kali ini.

“Pemain sendiri meminta untuk berlatih lebih awal dan mahu bersama-sama pasukan lebih lama dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada saya, kita harus lebih positif dan tidak membenarkan perkara-perkara negatif mengganggu tumpuan kita,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Kuwait Dan Bahrain Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Kelayakan Piala Dunia 2022

Tiga Pemain Beraksi Di Luar Negara Bakal Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Vaksin Untuk Elakkan Kluster Harimau Malaya

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin