Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas menamatkan kempen pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai, skuad Harimau Malaya kini dilihat sedang menyusun perancangan untuk menghadapi perlawanan pusingan 3 kelayakan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

Terkini, skuad kebangsaan Malaysia dikaitakan dengan satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Palestin yang dikatakan bakal berlangsung pada bulan September 2021 nanti.

Perkara itu telah dipetik dari sebuah akaun media sosial Twitter Football Palestine, yang mengatakan bahawa pasukan kebangsaan mereka akan mengatur perlawanan persahabatan bertemu Malaysia dan Krygystan September nanti sebelum mengadakan kem latihan di Algeria sebagai persiapan kejohanan FIFA Arab Cup.

Menurut kemaskini laman sosial itu juga, Presiden Palestine Football Association (PFA) iaitu Jibril Rajoub menjelaskan bahawa Makram Dabboub akan meneruskan tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan Palestin dan akan menerima sokongan penuh dari persatuan bola sepak negara.

Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat mengenai lokasi perlawanan itu akan dilangsungkan, dan berkemungkinan pelbagai faktor perlu diambil kira dalam keadaan pandemik sekarang selain faktor logistik dan lain-lain lagi.

Berdasarkan tinjauan dilaman web FIFA, pasukan Palestin kini menghuni tangga ke 104 dunia, manakala pasukan Malaysia pula kini berada pada kedudukan ke 153 dunia. Kyrgystan pula kini ditangga ke 99 dunia.

Perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah penting untuk mencari skuad terbaik untuk mengharungi sepak mula saingan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka akan bermula pada bulan Februari 2022.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.

Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000

Hadi Fayyadh Sekali Lagi Dilantik Sebagai Duta Pelancongan Bandar Okayama 2 ‘Musim’ Berturut-Turut.

Qatar Seri 3-3 Bertemu Panama, Almoez Ali Cipta Rekod Jaringkan Gol Dalam 3 Kejohanan Tertinggi Benua

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group